Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 32 tahun cedera dalam letupan di tempat letak kereta Bukit Batok

Seorang lelaki berusia 32 tahun dibawa ke hospital selepas satu letupan melibatkan sebuah kereta berlaku di Bukit Batok Street 24 pada Rabu (26 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 32 tahun cedera dalam letupan di tempat letak kereta Bukit Batok

Kereta Nissan yang musnah dalam letupan di Bukit Batok. (Gambar: Clifton Lim)

Diterbitkan : 27 Apr 2017 08:11AM Dikemas Kini : 27 Apr 2017 08:14AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 32 tahun dibawa ke hospital selepas satu letupan melibatkan sebuah kereta berlaku di Bukit Batok Street 24 pada Rabu (26 Apr).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai insiden di tempat letak kereta Blok 290H itu pada 6.28 petang.

Lelaki berkenaan berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Besar Singapura.

Kanister gas butana dijumpai di tempat kejadian, menurut polis, sambil menambah punca letupan itu masih disiasat.

Pembaca berita Mediacorp Clifton Lim mengirimkan gambar sebuah kereta Nissan berwarna kelabu yang ranap, dengan mengatakan beliau pergi ke tempat kejadian selepas terdengar bunyi letupan yang kuat di rumahnya.

Terdapat juga video yang menunjukkan keadaan selepas insiden itu dan lelaki tersebut yang cedera.

Menurut video yang dimuat naik ke laman YouTube semalam insiden berkenaan sudah tersebar di aplikasi WhatsApp.

Dalam video selama lima minit itu, lelaki berkenaan yang mengalami kecederaan akibat insiden itu dilihat sedang duduk di lantai kelihatan dalam kesakitan semasa beliau cuba ditolong oleh beberapa orang yang berada di situ.

Mereka menanyakan beberapa soalan mengenai insiden itu, selain memberikan air dan memeriksa keadaannya.

Orang yang tidak dapat dikenal pasti yang merakam video itu berkata mereka yang berada di kawasan itu terdengar bunyi letupan yang kuat sekitar 6.20 petang.

"Letupan itu agak kuat kerana seluruh blok bergegar. Kami pergi memeriksanya," katanya, sedang pihak berkuasa meminta orang ramai supaya berundur dari kawasan itu demi keselamatan mereka. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan