Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 27 tahun ditangkap kerana cabul kehormatan 3 remaja lelaki di Clementi

Seorang lelaki berusia 27 tahun diberkas pada Khamis (29 Jun) kerana didakwa mencabul kehormatan tiga remaja lelaki di Clementi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 27 tahun ditangkap kerana cabul kehormatan 3 remaja lelaki di Clementi

Ketiga-tiga mangsa itu membuat beberapa aduan polis antara 21 hingga 26 Jun, menyatakan bahawa mereka dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 29 Jun 2017 06:53PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 06:56PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 27 tahun diberkas pada Khamis (29 Jun) kerana didakwa mencabul kehormatan tiga remaja lelaki di Clementi.

Menurut polis, ketiga-tiga mangsa itu membuat beberapa aduan polis antara 21 hingga 26 Jun, menyatakan bahawa mereka dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Mediacorp difahamkan bahawa kesemua mangsa adalah remaja dan bahawa mereka didakwa dicabul di stesen bas Clementi dan di blok-blok HDB yang berhampiran.

Setelah menjalankan siasatan, pihak polis berjaya mengenal pasti identiti suspek dan memberkasnya di sekitar kawasan Clementi Avenue 3.

Suspek berkenaan akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas kesalahan mencabul kehormatan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda, disebat, atau dikenakan hukuman yang digabungkan.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan