Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 20 tahun ditangkap buang perabot dari blok HDB

Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes bertindak dengan terburu-buru, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 20 tahun ditangkap buang perabot dari blok HDB

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Dec 2017 07:48AM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 07:50AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes bertindak dengan terburu-buru, menurut polis.

Dalam satu kenyataan media semalam (12 Dis) polis menyatakan bahawa ia menerima beberapa aduan tentang barang-barang seperti rak kasut, meja dan kerusi dibuang ke bawah Blok 52 Cassia Crescent antara Khamis (7 Dis) hingga Ahad (10 Dis).

Selepas menjalankan siasatan yang menyeluruh, para pegawai polis dari Divisyen Bedok berjaya mengenal pasti identiti suspek dan menangkapnya semalam.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah hari ini (13 Dis). Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan dan didenda.
 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan