Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lee Hsien Yang: LKY yang beri 'arahan' berbalik kepada wasiat pertama

Ini berhubung perselisihan antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan adik beradiknya mengenai rumah mendiang ayah mereka di Oxley Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Lee Hsien Yang: LKY yang beri 'arahan' berbalik kepada wasiat pertama

38 Oxley Road. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 17 Jun 2017 05:42PM Dikemas Kini : 17 Jun 2017 05:44PM

SINGAPURA: Lee Kuan Yew memberi "arahan yang jelas" dalam wasiat terakhirnya yang bertarikh Disember 2013 bahawa ia akan berbalik kepada wasiat 2011, kata Lee Hsien Yang hari ini (17 Jun).

Ini berhubung perselisihan antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan adik beradiknya mengenai rumah mendiang ayah mereka di Oxley Road.

PM Lee membangkitkan "persoalan serius" mengenai bagaimana wasiat terakhir ayahnya dibuat - terutama sekali mengenai klausa yang dipadam dan kemudian disertakan semula mengenai hasrat mendiang Encik Lee untuk merobohkan rumahnya selepas pemergiannya.

Dalam satu catatan Facebook hari ini, Encik Lee Hsien Yang berkata: "Hasrat merobohkan rumah itu dalam wasiat 2011 diperkenalkan selepas mesyuarat Lee Kuan Yew dengan Kabinet."

"Wasiat terakhir Disember 2013 ayah saya berbalik kepada wasiat 2011 atas arahan beliau," kata Encik Lee.

Encik Lee menambah pelaksanaan wasiat terakhir itu dilakukan "secara terbuka" dan PM Lee "dimaklumkan" mengenai perkara berkenaan.

Encik Lee juga memberikan respons kepada pemerhatian PM Lee mengenai pelaksanaan wasiat itu yang mengambil masa kurang 15 minit.

Encik Lee menekankan bahawa tempat yang sesuai untuk mencabar wasiat terakhir itu adalah di mahkamah. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan