Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak penerbangan S'pura-Auckland mulai tahun depan

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Air New Zealand (Air NZ) mengumumkan pada Khamis (7 Dis) pihaknya akan melancarkan penerbangan harian yang ketiga antara Singapura dan Auckland bermula bulan Oktober tahun hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak penerbangan S'pura-Auckland mulai tahun depan

Pemandangan latar langit Auckland. (Gambar: Laman Singapore Airlines)

Diterbitkan : 07 Dec 2017 11:20AM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 11:22AM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Air New Zealand (Air NZ) mengumumkan pada Khamis (7 Dis) pihaknya akan melancarkan penerbangan harian yang ketiga antara Singapura dan Auckland bermula bulan Oktober tahun hadapan.

Ini akan meningkatkan keupayaan muatannya di laluan tersebut kepada sehingga 40 peratus dan menambah lebih 165,000 tempat duduk setiap tahun antara kedua-dua bandar itu, menurut SIA dalam kenyataan media bersama.

Khidmat baru itu akan beroperasi setiap hari semasa musim sejuk utara (28 Okt 2018 hingga 30 Mac 2019) dan lima kali seminggu semasa musim panas utara (31 Mac 2019 hingga 26 Okt 2019).

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan satu khidmat ulang-alik setiap hari, manakala khidmat ketiga akan dikendalikan oleh SIA semasa musim sejuk utara dan oleh Air NZ pada musim panas utara.

SIA akan menggunakan pesawat Airbus A380s dan Boeing 777-300ERs bergantung kepada musim, manakala Air NZ akan menyediakan pesawat 787-9 barunya, yang menawarkan lebih banyak tempat duduk Ekonomi Premium dan Bisnes Premier.

"Perikatan kami dengan Air New Zealand sudah membawa manfaat kepada para pelanggan melalui lebih banyak tempat duduk, pilihan, hubungan yang ditingkatkan dan lebih banyak destinasi," dedah naib presiden kanan bagi perancangan pemasaran SIA, Encik Tan Kai Ping.

Jadual penerbangan baru ini akan memudahkan lagi para pelanggan SIA dan membuktikan komitmen syarikat penerbangan itu kepada pasaran New Zealand, katanya.

Penjualan tiket bagi penerbangan baru Singapura-Auckland akan bermula secara bertahap-tahap, Jumaat ini (8 Dis).

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan