Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kategori diperkenalkan dalam Worldskills di S'pura tahun depan

Lebih banyak kategori akan diadakan dalam pertandingan Worldskills apabila ia berlangsung di Singapura tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak kategori diperkenalkan dalam Worldskills di S'pura tahun depan

Kategori memasak di Worldskills.

Diterbitkan : 19 Oct 2017 07:53PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 07:56PM

SINGAPURA: Lebih banyak kategori akan diadakan dalam pertandingan Worldskills apabila ia berlangsung di Singapura tahun depan.

Antara kategori barunya termasuk keselamatan siber, yang relevan dengan keperluan industri tempatan.

Bagi peserta Singapura dalam kategori Kesihatan dan Penjagaan Sosial, Fazira Zulkifli ini adalah ujian kecekapan cara dia bertindak dalam bidang penjagaan kesihatan di rumah.

Ia adalah satu daripada 10 ujian yang perlu dilalui Fazira dalam pertandingan di Abu Dhabi ini.

Kategori lain yang disertai 21 belia Singapura termasuk Kabel Rangkaian Maklumat dan Penyenggaraan Pesawat.

Pertandingan sengit selama empat hari itu membolehkan negara-negara peserta mengukur tahap sistem latihan masing-masing dibandingkan dengan piawaian antarabangsa serta berkongsi amalan terbaik.

Ia juga merupakan wadah penting untuk memacu perubahan pandangan masyarakat terhadap pendidikan dan latihan vokasional.

Pertandingan tahun depan di Singapura akan diselia oleh SkillsFuture Singapore.

Menurut agensi itu berdasarkan pengalaman yang ditimba di Abu Dhabi ini, ia akan melakukan beberapa perubahan.

Misalnya, cara menarik para pelajar sekolah menengah mengunjungi tempat-tempat pertandingan agar mereka tahu dengan lebih jelas ^tentang pelbagai pilihan kerjaya.

Sejajar dengan trend pasaran masa kini, beberapa kategori baru juga akan diperkenalkan seperti dalam kemahiran keselamatan siber.

Pertandingan di Abu Dhabi ini menarik penyertaan tertinggi, hampir 1,300 orang dari kira-kira 60 negara dan wilayah. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan