Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak boleh dilakukan untuk libatkan golongan kurang upaya dengan seni

Sektor seni di negara ini sedang meningkatkan usaha untuk melibatkan golongan kurang upaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak boleh dilakukan untuk libatkan golongan kurang upaya dengan seni

Cik Grace Fu, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 08:54PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 08:57PM

SINGAPURA: Sektor seni di negara ini sedang meningkatkan usaha untuk melibatkan golongan kurang upaya.

Namun menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu, lebih banyak boleh dilakukan.

Beberapa kumpulan seni menggunakan panduan, berbanding muzik latar belakang untuk memberi isyarat kepada penghibur kurang upaya atau mempunyai jurubahasa isyarat di atas pentas.

Ini adalah antara beberapa cara untuk mewujudkan lebih banyak peluang bagi golongan kurang upaya untuk menikmati serta menyertai kegiatan seni.

Di Forum Seni dan Golongan Kurang Upaya, topik-topik mengenai mewujudkan ruang untuk menyokong golongan itu serta membangunkan program seni inklusif dibincangkan.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu berkata pemerintah sedang memberi tumpuan terhadap membangunkan keupayaan dalam sektor seni dan golongan kurang upaya.

Ini termasuk program-program latihan serta membuat kit untuk melengkapi orang ramai tentang cara mengajar seni kepada golongan kurang upaya.

Cik Fu berkata: "Melangkah ke hadapan, kita mesti terus berusaha mengenal pasti hambatan untuk golongan kurang upaya menyertai kegiatan-kegiatan seni dan kebudayaan."

Forum tersebut berlangsung sehingga esok. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan