Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak bantuan bagi sektor perhotelan; panduan daripada veteran industri

Mereka yang berminat untuk bekerja dalam sektor perhotelan kini boleh mendapat lebih banyak bantuan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2017 09:00PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 09:52PM

SINGAPURA: Mereka yang berminat untuk bekerja dalam sektor perhotelan kini boleh mendapat lebih banyak bantuan.

Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Persatuan Hotel Singapura melancarkan Program Penasihat Kerjaya SkillsFuture di bawah inisiatif Suai-Maju untuk mereka mendapatkan panduan dari para veteran industri itu.

Menteri Kedua Tenaga Manusia Josephine Teo berkata program ini memberikan bimbingan tentang prospek dan jangkaan pekerjaan dalam sektor perhotelan.

21 veteran dalam industri masing-masing telah menyertai sebagai sukarelawan untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang mahu menceburi kerjaya dalam sektor itu.

Mereka yang berkenaan boleh mendapatkan maklumat tentang kemahiran dan latihan yang diperlukan untuk memasuki industri tersebut melalui Rangka Kerja Kemahiran bagi Hotel dan Khidmat Penginapan.
 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan