Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak aduan terhadap doktor pada tahun lalu

Aduan terhadap doktor meningkat hampir 30 peratus, sementara perbelanjaan guaman bersih Majlis Perubatan Singapura (SMC) bagi prosiding disiplin turut melonjak pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan tahunan majlis itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak aduan terhadap doktor pada tahun lalu

Gambar fail seorang doktor. (Gambar: AFP/Joe Raedle)

Diterbitkan : 29 Jun 2017 09:17AM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 09:18AM

SINGAPURA: Aduan terhadap doktor meningkat hampir 30 peratus, sementara perbelanjaan guaman bersih Majlis Perubatan Singapura (SMC) bagi prosiding disiplin turut melonjak pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan tahunan majlis itu.

SMC adalah sebuah badan berkanun yang mengawal selia para doktor di sini.

Jumlah aduan bagi setiap 1,000 doktor juga meningkat dari 10.7 kepada 13.4. "Walaupun ia satu peningkatan sekitar 30 peratus berbanding tahun sebelummya, ia bukan peningkatan yang ketara berdasarkan trend 10 tahn yang lalu," majlis itu menjelaskan dalam laporan yang dimuat naik ke lamannya baru-baru ini.

Kemuncaknya adalah pada tahun 2014, di mana 17.2 aduan diterima bagi setiap 1,000 doktor.

Kebanyakan aduan yang diterima tahun lalu adalah mengenai pencabulan kod etika dan garis panduan, dan mutu khidmat yang di luar jangkaan.

Namun begitu, tidak semua aduan akan diambil sebagai tindakan disiplin terhadap para doktor. Daripada 386 kes yang diproses oleh jawatankuasa aduan (termasuk kes yang dirujuk dari tahun sebelumnya), 71 digugurkan dan tujuh ditarik balik. Tahun lalu, 13 siasatan disiplin dimuktamadkan, dengan tiga tidak diteruskan, lagi lima kes ditegur, digantung dan/atau didenda dan lima lagi kes sedang menunggu dibicarakan oleh Makhamah Tiga Hakim.

Perbelanjaan guaman bagi prosiding disiplin - selepas kos yang diperolehi semula ditolak daripada perbelanjaan yang ditanggung - meningkat sebayak 81 peratus dari S$597,116 pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2016, kepada S$1,080,616 pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2017. Kenaikan itu disebabkan oleh kos lebih rendah yang diperolehi SMC bagi prosiding guaman.

Namun begitu, SMC membelanjakan lebih rendah bagi yuran saksi pakar bagi prosiding disiplin - S$51,731, merosot dari S$237,120 pada tahun lalu. Ia juga berhasil mengurangkan jumlah yang terhutang oleh para doktor yang dikenakan tindakan disiplin - hanya S$204,000, lebih rendah berbanding S$293,000 pada tahun sebelumnya. Majlis itu menerbitkan kenyataan kewangannya pada tahun 2015 ekoran gesaan supaya lebih telus dalam kos prosiding guamannya.  

Sumber : Today/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan