Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 500 haiwan, tumbuhan ditemui atau ditemui semula di S'pura setelah pupus

Itulah antara beberapa pengumuman yang dibuat di Pesta Kepelbagaian Hayat atau Biodiversiti, anjuran NParks hari ini (27 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 May 2017 07:42PM Dikemas Kini : 27 May 2017 09:35PM

SINGAPURA: Lebih 500 jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan ditemui atau ditemui semula di negara ini setelah dipercayai pupus.

Itulah antara beberapa pengumuman yang dibuat di Pesta Kepelbagaian Hayat atau Biodiversiti, anjuran NParks hari ini (27 Mei).

Sepanjang lima tahun lalu, para pakar melakukan pencarian di hutan-hutan simpanan dan kawasan semula jadi.

Antara penemuan termasuk bunga orkid, Acriopsis ridleyi, yang pertama kali ditemui di Bukit Mandai dalam tahun 1889.

Setelah itu orkid itu tidak lagi ditemui sehingga pada tahun lalu di di Hutan Simpanan Bukit Timah.

Para pakar juga mencari hampir 50 jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam negeri yang terancam pupus.

Usaha itu sebahagian daripada Pelan Induk Pemuliharaan Alam, Lembaga Taman Negara (NParks).

Di acara itu, Menteri Kedua Pembangunan Negara Encik Desmond Lee juga mengumumkan bahawa sebatang lorong Old Upper Thomson Road akan diubah menjadi laluan penghubung taman.

Ia melengkapi Taman Semulajadi Thomson yang bakal dibuka tahun depan.

Laluan penghubung taman yang baru itu akan ditanam dengan pokok-pokok bagi menyediakan tempat berteduh dan sumber makanan.

Ia juga menyediakan laluan yang selamat bagi para pejalan kaki serta pengayuh basikal.

Selain itu laluan tersebut memudahkan haiwan-haiwan yang menyeberang antara Taman Semulajadi Thomson dengan kawasan Hutan Simpanan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan