Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 5,000 jemaah umrah S'pura bagi Nov/Dis terjejas dengan pendaftaran biometrik

Lebih daripada 5,000 jemaah Singapura yang akan melakukan umrah pada bulan November dan Disember, kini perlu segera melakukan pendaftaran dan pengesahan biometrik.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Lebih daripada 5,000 jemaah Singapura yang akan melakukan umrah pada bulan November dan Disember, kini perlu segera melakukan pendaftaran dan pengesahan biometrik.

Ini setelah kerajaan Arab Saudi mewajibkan peraturan baru itu ke atas jemaah umrah mulai 20 November ini, sebelum permohonan visa mereka boleh diluluskan.

Agensi-agensi umrah yang kami temui akur bahawa mereka bimbang ini boleh menimbulkan sedikit kegenjotan dalam urusan umrah hujung tahun ini.

Dianggarkan, lebih 8,000 jemaah Singapura mengerjakan umrah bagi dua bulan terakhir tahun 2017 ini.

PROSES TAMBAHAN TERMASUK IMBASAN CAP JARI, WAJAH

Sedang sebahagiannya sudahpun berlepas atau pulang, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) menyatakan, lebih 5,000 jemaah kini perlu mematuhi peraturan biometrik sebelum dibenarkan memasuki Arab Saudi.

Mereka kini perlu memberikan imbasan cap jari dan wajah.

Semua ini perlu dilakukan di premis syarikat VFS Tasheel International di Anson Road.

"Jadi jemaah yang akan berangkat bermula pada 1 Disember mereka diwajibkan untuk melakukan biometrik supaya supaya passport mereka dimasukkan, apabila dimasukkan pada 20 hari bulan November dan seterusnya, maka semuanya telah siap dengan biometrik," kata Presiden AMTAS, Ustaz TM Fouzy.

Namun, jemaah yang berusia 70 tahun ke atas dan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah, dikecualikan daripada menjalani proses ini.

Pihak kami difahamkan, peraturan baru itu hanya mula diberitahu kepada ejen-ejen umrah tempatan pada Khamis lalu (9 Nov).

AGENSI UMRAH TEMPATAN GESA JEMAAH SEGERA DAFTARKAN DIRI

Dengan tempoh masa yang singkat itu, syarikat-syarikat umrah kini berkejar dengan masa dan akur bahawa ini dikhuatiri boleh mengakibatkan kegenjotan bagi sebahagian jemaah.

Lantaran itu, AMTAS memohon kerjasama jemaah yang akan berangkat pada bulan November dan Disember 2017 supaya membuat temu janji dengan VFS Tasheel dan mendapatkan butiran lanjut dari ejen umrah masing-masing.

Ini demi mengelak kesesakan mahupun kelewatan dalam keberangkatan.

Agensi seperti Noor Mohamad Services & Travel misalnya menyeru para jemaahnya supaya bekerjasama.

"Sekiranya jemaah tidak mampu atas sebab-sebab tersendiri tidak mampu daftar masuk atau tidak mampu untuk akses kepada laman sawang tersebut maka boleh menghubungi agensi masing-masing

"Dan, kemudian kami akan mendaftarkan jemaah tersebut untuk temu janji mana yang sesuai dengan waktu yang jemaah pilih sendiri," kata Cik Juyda Noor Mohamad, Pengarah Noor Mohamad Services & Travel.

Temu janji bagi membuat pendaftaran biometrik dibuka mulai Khamis ini. Bayaran untuk pendaftaran dan pengesahan biometrik adalah S$8, yang perlu dibayar secarai tunai di VFS Tasheel.

AMTAS menyatakan, pihak Saudi memberitahunya bahawa walaupun kesuntukan, kedutaannya mampu memproses 500 visa pasport sehari bagi memenuhi keperluan.

Peraturan biometrik itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan pihak Arab Saudi.

Ia akan diperkenalkan ke semua negara lain.

Pihak kami dimaklumkan bahawa peraturan biometrik belum lagi dikuatkuasakan ke negara-negara lain di rantau ini. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan