Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 34,000 murid prasekolah sertai kegiatan sukarela tahun ini

Sebagai permulaan, hampir 300 kanak-kanak dari lima tadika menyertai Karnival Minggu Bumi siang tadi (21 Apr) bagi mempelajari selok-belok kitar semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 34,000 murid prasekolah sertai kegiatan sukarela tahun ini

Seorang guru menjelaskan program di bawah inisiatif “Start Small Dream Big”. (Gambar: Video Facebook ECDA Partnership)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 08:58PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 08:59PM

SINGAPURA: Lebih 34,000 murid prasekolah akan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan sukarela tahun ini, di bawah inisiatif “Start Small Dream Big” (Bermula Kecil, Bermimpi Besar),Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak.

Sebagai permulaan, hampir 300 kanak-kanak dari lima tadika menyertai Karnival Minggu Bumi siang tadi (21 Apr) bagi mempelajari selok-belok kitar semula.

Mereka berpeluang mencuba bakat membuat barang-barang daripada kotak susu dan botol plastik, untuk menyebarkan mesej pentingnya memelihara alam sekitar.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin berkata walau sekecil manapun projek yang dilakukan, setiap kanak-kanak boleh menyumbang kepada usaha menjadikan Singapura, tempat tinggal dengan penduduk yang lebih peduli dan bertimbang rasa. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan