Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 200 rakan sekolah, saudara-mara memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Hambali

Lebih 200 rakan sekolah dan sanak saudara-mara menziarahi jenazah Allahyarham Muhammad Hambali Sumathi di sebuah flat di Eunos pada petang Selasa (25 April).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 200 rakan sekolah, saudara-mara memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Hambali

Saudara-mara Allahyarham Muhammad Hambali Sumathi tidak dapat menahan sebak. (Gambar: Koh Mui Fong/TODAY)

Diterbitkan : 25 Apr 2017 04:13PM Dikemas Kini : 25 Apr 2017 04:22PM

SINGAPURA: Lebih 200 rakan sekolah dan sanak saudara menziarahi jenazah Allahyarham Muhammad Hambali Sumathi di sebuah flat di Eunos pada petang Selasa (25 April).

Ini sehari selepas remaja tersebut maut terhempap dan terhantuk palang gol.

Pelajar Sekolah Menengah Geylang Methodist berusia 13 tahun itu sedang bermain bola sepak dengan rakan-rakan sedarjah pada pagi Isnin apabila gawang gol menghempapnya.

Allahyarham Hambali cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Para pelajar Sekolah Menengah Geylang Methodist yang tiba dengan menaiki dua buah bas, hadir di flat tersebut bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Mereka yang datang melawat juga beratur dengan penuh hiba sambil menunggu giliran untuk masuk ke dalam flat di tingkat dua itu. Kebanyakan mereka tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata.

Cik Rajimah Sumati, 49 tahun, pengsan ketika menyambut jenazah anaknya di flat berkenaan, iaitu milik seorang saudara.

Anak sulung dari perkahwinan kedua ibunya, Allahyarham tinggal di sebuah flat satu bilik di Aljunied Cresent bersama ibu bapanya dan dua adiknya.

Rakan-rakannya termasuk rakan sepasukan menyifatkan Allahyarham sebagai pemain bola sepak berbakat dengan kemahiran yang menjangkau usianya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pusara Aman. 

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan