Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2,000 karton rokok haram dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Sebanyak 2,190 karton dan 202 bungkus rokok yang belum dibayar cukai dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas daripada sebuah kenderaan yang berdaftar di Malaysi, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2017 05:15PM Dikemas Kini : 16 Oct 2017 10:37PM

SINGAPURA: Sebanyak 2,190 karton dan 202 bungkus rokok yang belum dibayar cukai dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas daripada sebuah kenderaan yang berdaftar di Malaysia, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (16 Okt).

Pada sekitar 9.45 malam, pemandu kenderaan tersebut, seorang warga Malaysia yang berusia 39 tahun diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut ke atas kenderaannya setelah para pegawai melihat sesuatu yang mencurigakan berdasarkan imej yang diimbas, demikian didedahkan ICA.

Para pegawai menemui rokok yang belum dibayar cukai disembunyikan dalam kompartmen yang diubah suai. Cukai barangan dan perkhidmatan yang cuba dielak masing-masing dianggarkan bernilai S$171,500 dan S$12,710.

"ICA akan terus melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang dan kenderaan di pusat pemeriksaan untuk mencegah percubaan menyeludup manusia, dadah, senjata, bahan letupan dan bahan terlarang yang lain," menurut agensi itu.

Kaedah yang sama digunakan pengganas bagi menyembunyikan senjata dan bahan letupan untuk melancarkan serangan di Singapura, tambah ICA.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan