Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 100 syarikat SME sertai program Go Digital IMDA

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengenal pasti kriteria bagi huraian-huraian digital yang diluluskan di bawah Program Transformasi Digital untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2017 09:39PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 09:45PM

SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengenal pasti kriteria bagi huraian-huraian digital yang diluluskan di bawah Program Transformasi Digital untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME).

Di taklimat industri kedua bagi para pembekal IT hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif IMDA berkata keupayaan digital seperti keselamatan siber, perlindungan data dan analisis data akan disertakan dalam kriteria penilaian secara bertahap-tahap.

Sejak program itu dimulakan pada April lalu,
lebih 100 syarikat SME sudah memanfaatkan 24 huraian digital yang diluluskan.

Ini berjaya menjanakan pendapatan lebih $2.4 juta bagi para pembekal.

Kesemuanya, terdapat 56 huraian digital yang diluluskan di bawah program itu.

IMDA kini mahukan draf cadangan bagi wadah-wadah digital untuk pelbagai industri dan sektor.

Wadah digital itu perlu dapat menerapkan algoritma kecerdasan buatan serta menggunakan analisis data-data besar.

Penyertaan bagi draf cadangan itu dibuka hari ini hingga 8 September. 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan