Lebih 10,000 DVD mengenai Lee Kuan Yew dijual
Lebih 10,000 DVD mengenai mendiang Encik Lee Kuan Yew sudah dijual sejak minggu lalu.
SINGAPURA: Lebih 10,000 DVD mengenai mendiang Encik Lee Kuan Yew sudah dijual sejak minggu lalu.
DVD dokumentari tiga bahagian yang berjudul 'Menongkah Arus dan Masa' itu , merupakan sebahagian daripada siri rancangan khas yang disiarkan oleh MediaCorp untuk memperingati kehidupan dan warisan mendiang Encik Lee.
Dokumentari tiga bahagian itu boleh ditonton secara online, tetapi disediakan dalam bentuk DVD atas permintaan awam.
Menurut MediaCorp, hasil bersih daripada penjualan awam yang pertama tersebut akan didermakan kepada Dana Masyarakat.
MediaCorp juga merancang untuk menerbitkan rancangan-rancangan lain mengenai mendiang Encik Lee dalam bentuk DVD pada akhir bulan ini.
Ini termasuk 'In His Own Words', siri enam bahagian mengenai ucapan-ucapan utama yang disampaikan oleh Encik Lee dan 'Forging A Nation', sebuah kompilasi filem pendek yang merakam detik-detik dan peristiwa penting dalam sejarah Singapura.
DVD-DVD tersebut laris dijual sejak mula ditawarkan Isnin lalu (6 April). Bahkan, menjelang senja, kedai-kedai Poh Kim mempunyai lebih 1,000 orang dalam senarai menunggu.
Menurut kedai Poh Kim, para pelanggan meminta lebih daripada satu DVD, dengan ada yang menempah sehingga 10 hingga 40 DVD.
Kedai buku Popular pula menetapkan had dua DVD bagi setiap pelanggan ekoran sambutan yang amat menggalakkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.