Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan udara Maple Flag wujudkan simulasi realistik ancaman

Singapura bersama Kanada, Perancis, Britain dan Amerika Syarikat sedang mengambil bahagian dalam Latihan Udara Maple Flag, melibatkan simulasi realistik dalam sekitaran ketika wujudnya ancaman.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2017 11:10PM Dikemas Kini : 18 Jun 2017 11:13PM

SINGAPURA: Singapura bersama Kanada, Perancis, Britain dan Amerika Syarikat sedang mengambil bahagian dalam Latihan Udara Maple Flag, melibatkan simulasi realistik dalam sekitaran ketika wujudnya ancaman.

Latihan dua minggu di kawasan latihan Cold Lake di Alberta, Kanada ini akan berakhir Jumaat ini.

Ia melibatkan lebih 60 pesawat dan sekitar 2,000 kakitangan dari lima buah negara yang turut serta.

Singapura menyertai latihan ini bersama lapan jet pesawat F-16 dan sekitar 100 kakitangan.

Sebagai sebahagian latihan udara ini, Singapura turut berpeluang mempamerkan salah satu peralatannya di Hari Terbuka Tentera Udara DiRaja Kanada.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan