Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan tambahan bagi pengawal keselamatan bagi kenal pasti ancaman pengganasan

Para pengawal keselamatan di Singapura akan dikehendaki menjalani latihan tambahan bagi mengenal pasti ancaman-ancaman pengganasan jika ingin bekerja di tempat-tempat selain gudang dan kondominium, menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (19 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Oct 2017 12:44PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 10:25PM

SINGAPURA: Para pengawal keselamatan di Singapura akan dikehendaki menjalani latihan tambahan bagi mengenal pasti ancaman-ancaman pengganasan jika ingin bekerja di tempat-tempat selain gudang dan kondominium, menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (19 Okt).

Polis menyatakan bahawa para pengawal keselamatan biasanya memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan di kawasan-kawasan perumahan dan komersil. Tetapi, memandangkan ancaman pengganasan semakin genting, ada keperluan bagi mereka meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan.

Serangan-serangan di luar negara menunjukkan bahawa para pegawai keselamatan yang dilatih dengan baik memiliki kebolehan mengesan dan menghalang serangan-serangan pengganasan, polis menyatakan.

Bermula 1 Januari 2020, para pegawai keselamatan boleh memiliki unit lesen asas ketiga yang dipangil "Recognise Terrorist Threats” (Kenali Ancaman Pengganas), selain dua lagi unit lesen yang diperlukan.

Para pegawai keselamatan yang tidak memiliki unit lesen tersebut sebelum 1 Januari 2020, masih boleh menggunakan lesen pegawai keselamatan mereka tetapi hanya boleh bekerja di gudang-gudang dan kondominium sahaja sehingga selesai menjalani latihan mengenal pasti ancaman pengganasan itu.

Pihak polis berkata menyatakan kepada Mediacorp bahawa ia mungkin mewajibkan latihan berkenaan bagi semua pegawai keselamatan.

Latihan tersebut merangkumi kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (Workforce Skills Qualification) sepanjang dua hari. Pegawai keselamatan akan dilatih supaya mempunyai "kesedaran tentang ancaman pengganasan" serta memupuk kemahiran mengenal pasti "ancaman-ancaman dari manusia, kenderaan ataupun objek”, menurut polis.

Menurut kenyaatan itu lagi, polis menganggar sebanyak 80 peratus pegawai polis yang bertugas sekarang ini boleh memiliki kelayakan tersebut.

Para pegawai keselamatan yang sudah selesai menjalani kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (Workforce Skills Qualification) yang dipanggil "Handle Counter Terrorism Activities” (Mengendalikan Kegiatan Menentang pengganasan) akan dianggap sudah memenuhi keperluan kelayakan itu.

"Keperluan lesen baru ini akan memperbaiki kemahiran para pegawai keselamatan sekali gus meningkatkan gaji mereka," tambah polis.     

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan