Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Latihan 'pendaratan pesawat' mungkin dihentikan selepas peluasan Pangkalan Udara Tengah

Pelarasan semula Lim Chu Kang Road bagi memperluaskan Pangkalan Udara Tengah mungkin bermakna ia tidak lagi akan digunakan sebagai landasan alternatif pesawat, menurut seorang pakar pertahanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Latihan 'pendaratan pesawat' mungkin dihentikan selepas peluasan Pangkalan Udara Tengah

Lim Chu Kang Road digunakan bagi Latihan Torrent pada bulan November lalu. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 10:59AM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 11:09AM

SINGAPURA: Pelarasan semula Lim Chu Kang Road bagi memperluaskan Pangkalan Udara Tengah mungkin bermakna ia tidak lagi akan digunakan sebagai landasan alternatif pesawat, menurut seorang pakar pertahanan.

Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) sudah menjalankan operasi pelancaran dan pemulihan di landasan alternatif itu sejak April 1986.

Yang terbaru, iaitu Latihan Torrent, diadakan pada bulan November lalu selepas tidak dijalankan sejak lapan tahun sebelum itu.

Pada Selasa, Kementerian Pertahanan (Mindef) menyatakan sebuah landasan baru akan dibina di pangkalan udara yang diperluaskan bagi memenuhi keperluan operasi RSAF.

Apabila ditanya sama ada akan terdapat perubahan pada landasan alternatif yang sedia ada di Lim Chu Kang Road, Mindef sekadar mendedahkan semalam (19 Jul) bahawa pihaknya "sentiasa menilai" tuntutan latihan dan akan membuat perubahan jika perlu.

Bagaimanapun, Encik David Boey, seorang anggota Majlis Penasihat bagi Hubungan Masyarakat dalam Pertahanan, menarik perhatian tentang pentingnya mempunyai jalan-jalan raya yang boleh diubah menjadi landasan alternatif.

"Mempunyai lebih banyak landasan pesawat akan menjejas percubaan untuk melumpuhkan tentera udara kami kerana akan terdapat lebih banyak landasan pesawat untuk ditangani," katanya.

Encik Leon Hay, 38, pengarah perniagaan ladang ternakan kambing tempatan Hay Dairies, berkata bahawa beliau "terkejut" Lim Chu Kang Road mungkin akan diubah, memandangkan ia adakalanya boleh digunakan sebagai landasan sementara sebagai sebahagian daripada latihan RSAF.

Jika pihak berkuasa sedang cuba untuk meniru latihan tersebut di tempat lain, akan terdapat laluan panjang di East Coast Parkway bersebelahan Kem Bedok yang boleh "diubah menjadi landasan alternatif pesawat dalam masa 24 jam jika perlu," menurut Encik Boey.

Bagaimanapun, lokasi-lokasi bagi landasan alternatif di masa hadapan akan "disekat oleh pembandaran yang meningkat", dedahnya, kerana laluan ulang-alik pesawat yang jelas ke jalan raya tersebut adalah perlu bagi latihan seumpama itu.

"Beberapa jalan raya di Tuas sebelum ini sesuai digunakan sebagai landasan alternatif sebelum kawasan itu dibangunkan," menurutnya. 

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan