Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan Terbang Changi guna robot 'bersihkan' T4

Sedang Lapangan Terbang Changi mendakapi automasi bagi mengatasi masalah kurang pekerja, ia juga semakin memanfaatkan robot-robot bagi terus memastikan Terminal 4 kekal bersih.

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan Terbang Changi guna robot 'bersihkan' T4

Robot-robot di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Kenneth Lim)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 10:14AM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 10:18AM

SINGAPURA: Sedang Lapangan Terbang Changi mendakapi automasi bagi mengatasi masalah kurang pekerja, ia juga semakin memanfaatkan robot-robot bagi terus memastikan Terminal 4 kekal bersih.

Changi Airport Group (CAG) menggunakan empat robot pembersihan di terminal tersebut selepas pencarian yang memakan masa sekitar tiga tahun. Ia juga merancang untuk menambah enam lagi robot pada tahun 2018.

Robot-robot berkenaan - yang memiliki wajah kartun - berharga sekitar S$80,000 setiap satu dan boleh membersihkan ruang lantai 1,600 meter kaki persegi setiap jam.

Para pengendali juga dilatih untuk antaranya memprogramkan robot itu untuk mengemop, membersihkan dan mengutip barangan kecil.

Menjangkaui aras-aras terminal, robot itu juga akan digunakan bagi membersihkan tempat letak kereta dan tandas. CAG menyatakan ini akan mengurangkan tenaga kerja pengurusan pembersihan sebanyak sekitar 20 peratus secara keseluruhannya dan lebih melengkapi para pekerjanya dengan kemahiran-kemahiran.

Encik Kenneth Ho, pengurus kanan pengurusan kemudahan di CAG berkata Terminal 1 hingga 3 akan memanfaatkan teknologi pembersihan sedemikian tidak lama lagi, selepas kajian dilakukan terhadap kecekapan robot di T4. Beliau turut berkata bahawa lapangan-lapangan terbang di New Zealand dan beberapa bahagian di Amerika Syarikat juga memanfaatkan teknologi seumpama itu.

Selain menguruskan khidmat pembersihan, Lapangan Terbang Changi juga sudahpun memperkenalkan automasi dan teknologi bagi sektor pengurusan, keselamatan, pengurusan pembersihan, runcit dan F&B, yang membentuk 80 peratus daripada semua pekerja di lapangan terbang tersebut.

Naib presiden Pejabat Pengurusan Program T4 Poh Li San memberitahu Mediacorp bahawa beliau menjangkakan T4 untuk menjadi 10 peratus lebih produktif berbanding T3.

Para anggota kerja yang berperanan, yang boleh dijalankan secara automatik - seperti yang melibatkan kemasukan data atau pengurusan yang menggunakan banyak tenaga - boleh dilatih semula untuk mengambil pekerjaan yang "lebih bernilai", dedah Cik Poh.

T4 dinamakan sebagai ruang ujian bagi teknologi dan inovasi. Ia juga menampilkan kios kaunter masuk, pelepasan imigresen dan pagar masuk pesawat yang automatik - dengan kesemuanya dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan