Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan Terbang Changi berikan pandangan pertama T4

Lapangan Terbang Changi mempamerkan gambar-gambar dalaman terminal 4 di lelaman Facebooknya hari ini (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan Terbang Changi berikan pandangan pertama T4

Gambar bahagian luar Terminal 4 Lapangan Terbang Changi (Gambar: Lelaman Facebook Lapangan Terbang Changi)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 10:23PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 10:30PM

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi mempamerkan gambar-gambar dalaman terminal 4 di lelaman Facebooknya hari ini (19 Jun).

Antara gambar-gambar yang dikongsi termasuk kawasan berlepas, transit dan gerbang pelepasan.

Lapangan terbang itu juga mempamerkan kawasan menaiki pesawat, di mana para penumpang boleh melihat pesawat berlepas dan mendarat di Landasan 2 sementara menunggu pesawat mereka.

Kerja-kerja pembinaan T4 selesai pada Disember lalu, selepas lebih daripada dua tahun. Kerja-kerja pembaikan dalaman dan penyediaan operasi sedang dijalankan dan lapangan terbang itu dijangka dibuka pada separuh akhir tahun ini.

Pembinaan T4 termasuk membina dua tempat letak kereta bertingkat yang mampu menampung 1,700 tempat meletak kereta, sebuah tempat menunggu teksi dua tingkat, juga tiga jambatan kenderaan dan pejalan kaki. Tanjakan menara kawalan setinggi 68 meter juga dibina bagi meningkatkan lagi pengurusan pergerakan pesawat oleh pegawai kawalan penerbangan di apron dan jalan ke sekeliling terminal, menurut lapangan terbang itu.

Pembukaan Terminal 4 tahun ini akan merangsangkan keupayaan Changi untuk mengendalikan 85 juta penumpang setahun pada 2020 - naik daripada 58.7 juta tahun lalu.

Lapangan Terbang Changi juga menyatakan bulan lalu ia dijangka mampu mengendalikan 60 juta penumpang tahun ini. Apabila Terminal 5 jangka dibuka pada akhir tahun 2020, lapangan terbang tersebut dijangka mampu menampung 135 juta pengunjung setiap tahun.  

Sumber : Today/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan