Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah lebih ketat diperlukan bagi lindungi kerja penyelidikan

Langkah-langkah keselamatan lebih ketat diperlukan bagi melindungi kerja-kerja penyelidikan, termasuk bagaimana bahan-bahan kajian sedemikian disimpan.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah lebih ketat diperlukan bagi lindungi kerja penyelidikan

Gambar fail Universiti Nasional Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang.

Diterbitkan : 13 May 2017 08:25AM Dikemas Kini : 13 May 2017 10:03AM

SINGAPURA: Langkah-langkah keselamatan lebih ketat diperlukan bagi melindungi kerja-kerja penyelidikan, termasuk bagaimana bahan-bahan kajian sedemikian disimpan.

Demikian gesaan para professor universiti berhubung insiden pencerobohan di mana dua universiti utama Singapura, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mengalami serangan siber paling rumit baru-baru ini.

Seorang professor yang terlibat dalam penyelidikan berkata meskipun terdapat peraturan untuk menjaga maklumat peribadi mahasiswa dan gred mereka, namun tiada peraturan jelas mengenai bagaimana para pengkaji harus menyimpan kerja-kerja atau penyelidikan mereka.

Namun, proses lebih ketat dijalankan bagi maklumat yang mungkin disalurkan pihak pemerintah kepada para penyelidik.

Sebagai contoh, Jabatan Statistik memerlukan para penyelidik untuk pergi sendiri ke jabatannya bagi mendapatkan akses kepada data dan bukan setakat memindahkan maklumat melalui pihak ketiga.

Para pakar siber menegaskan ia bukan sesuatu yang mengejutkan bahawa Singapura semakin menjadi sasaran serangan siber dengan kedudukannya sebagai sebuah hab komersil.

Encik Nick Savvides, seorang pakar keselamatan, syarikat Symantec (Asia Pasifik dan Jepun) berkata: “Singapura merupakan sebuah pasaran yang serba canggih, melibatkan banyak teknologi dan perniagaan. Oleh itu, (para penyerang) menyasarkan serangan mereka di mana terdapat sumber dana, dan maklumat. Mereka cenderung berbuat demikian disebabkan wang.

Para pakar menggesa syarikat-syarikat supaya mula membina keupayaan dan mempertingkat pertahanan mereka dan bukan hanya menumpukan perhatian kepada teknik-teknik pertahanan saja.

Sebagai contoh, syarikat-syarikat boleh cuba menggunakan Ancaman Berterusan Lanjutan (APT), untuk menguji dan memeriksa sendiri tahap keselamatan sistem-sistem mereka.

Serangan-serangan APT melibatkan pelbagai cara mengumpul maklumat dan tidak mudah dikesan bagi tempoh yang panjang dan ia disasarkan bagi mencuri maklumat rahsia.

Sumber : Today/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan