Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kwek Mean Luck dilantik Peguam Cara Negara, Mavis Chionh pula Peguam Cara Negara Kedua

Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang melantik Encik Kwek Mean Luck sebagai Peguam Cara Negara dan Cik Mavis Chionh sebagai Peguam Cara Negara Kedua bagi Pejabat Peguam Negara (AGC) berkuat kuasa mulai 16 Januari 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Kwek Mean Luck dilantik Peguam Cara Negara, Mavis Chionh pula Peguam Cara Negara Kedua

Gambar fail Mahkamah Rendah Singapura. (Gambar: Anthony Chia, channelnewsasia.com)

Diterbitkan : 02 Dec 2016 02:34PM Dikemas Kini : 02 Dec 2016 02:41PM

SINGAPURA: Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang melantik Encik Kwek Mean Luck sebagai Peguam Cara Negara dan Cik Mavis Chionh sebagai Peguam Cara Negara Kedua bagi Pejabat Peguam Negara (AGC) berkuat kuasa mulai 16 Januari 2017.

Encik Kwek, 43 tahun, mengambil jurusan undang-undang di Universiti Cambridge melalui Biasiswa Luar Negara (Merit) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC). Beliau lulus dengan ijazah sarjana muda dengan Kepujian Kelas Pertama pada 1995. Beliau kemudian memperolehi ijazah Sarjana dalam jurusan undang-undang dari Universiti Harvard di bawah Biasiswa Lee Kuan Yew pada 2000.

Encik Kwek juga pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam Perkhidmatan Pentadbiran, termasuk sebagai Timbalan Setiausaha (Industri) di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) di Jabatan Perkhidmatan Awam di Pejabat Perdana Menteri, dan juga Dekan dan Ketua Eksekutif bagi Kolej Perkhidmatan Awam.

Beliau menyertai semula Perkhidmatan Undang-Undang dan dilantik sebagai Peguam Cara Negara Kedua pada 1 Julai 2015.

Sementara itu, Cik Chionh, 47, mengambil jurusan undang-undang di Universiti Oxford, dan lulus dengan ijazah sarjana muda dengan Kepujian Kelas Pertama pada 1991. Beliau turut memperolehi ijazah Sarjana bagi jurusan undang-undang dalam undang-undang Cina dari Universiti Nasional Singapura pada 2005.

Cik Chionh juga dilantik sebagai Peguam Kanan pada 2015 dan Peguam Cara Negara Ketiga dari 1 Ogos tahun ini.


Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan