Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kurang 40% wanita berusia jalani pemeriksaan barah payudara

Kurang 40 peratus wanita lebih berumur di Singapura sudah menjalani pemeriksaan barah payudara dalam dua tahun lepas ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2016 03:00PM Dikemas Kini : 28 Sep 2016 01:52AM

SINGAPURA: Kurang 40 peratus wanita lebih berumur di Singapura sudah menjalani pemeriksaan barah payudara dalam dua tahun lepas ini.

Hanya 38.9 peratus wanita berusia 50 hingga 69 tahun sudah menjalani pemeriksaan mamogram dalam tempoh itu, menurut Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB). Wanita lebih berumur disarankan menjalani mamogram sekali dalam setiap dua tahun.

Ini meskipun barah payudara antara barah paling kerap berlaku di kalangan wanita di Singapura. Sejumlah 9,274 kes baru barah payudara dikesan antara 2010 hingga 2014, menurut Pendaftar Barah Singapura.

Buat masa ini, mamogram merupakan alat pemeriksaan paling diyakini bagi mengesan barah payudara kerana ia boleh mengesan ketulan-ketulan barah sebelum ia boleh dirasakan dengan tangan.

Kaum wanita digalak menjalani pemeriksaan itu secara awal kerana peluang bagi pesakit barah payudara untuk hidup meningkat dengan pengesanan awal.

Jika barah itu dikesan awal, ini boleh membawa kepada pembedahan kurang invasif, terapi radiasi sekali sahaja atau pesakit tidak perlu menjalani kemoterapi langsung, kata pakar bedah payudara di Pusat Barah Nasional Singapura, Dr Veronique Tan.

Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan wanita, satu siri acara akan diadakan pada Oktober sempena bulan kesedaran barah payudara. Acara-acara itu termasuk seminar, ceramah dan pameran bergerak yang fokus pada pengesanan awal dan rawatan barah payudara. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan