Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kunjungi rumah HDB, berkelah antara acara menarik Pesta Seni Antarabangsa S'pura 2017

Senarai penuh acara di pesta itu diumumkan hari ini (19 Apr) dan ia termasuk program Rumah Terbuka yang popular. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kunjungi rumah HDB, berkelah antara acara menarik Pesta Seni Antarabangsa S'pura 2017

Antara acara menarik di Pesta Seni Antarabangsa Singapura 2017 adalah Berkelah Terbuka. (Gambar: Souk el Tayeb)

Diterbitkan : 19 Apr 2017 11:01PM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 11:03PM

SINGAPURA: Dari tuan rumah menjemput para pengunjung ke dapur mereka kepada para keluarga membuka pintu kepada orang ramai, Pesta Seni Antarabangsa Singapura (SIFA) tahun ini mempunyai semangat penyertaan inklusif apabila ia bermula pada bulan Jun nanti.

Senarai penuh acara di pesta itu diumumkan hari ini (19 Apr) dan ia termasuk program Rumah Terbuka yang popular.

Program yang bermula pada 2015 itu membolehkan para penduduk Singapura mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke rumah mereka bagi satu pengalaman teater yang unik.

Buat julung-julung kalinya, 30 buah rumah yang turut serta termasuk rumah-rumah di estet perumahan HDB.

Program Rumah Terbuka adalah satu daripada dua acara SIFA yang melibatkan interaksi dengan orang ramai di ruang-ruang domestik.

Satu lagi acara, diberi nama Dapur Terbuka, akan melihat para penonton menyediakan hidangan dengan 20 "tukang masak rumah".

Bagi mereka yang mahu menyertai di acara yang lebih terbuka dan bertemakan kemasyarakatan, acara Berkelah Terbuka juga akan diadakan di Taman Warisan Melayu.

Lebih banyak maklumat mengenai pesta itu boleh didapati di laman www.sifa.sg. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan