Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Krisis tebusan kanak-kanak 2 tahun di Sembawang Drive berakhir, lelaki terbabit ditangkap

Krisis tebusan selama 17 jam antara pihak polis dengan lelaki yang menahan seorang kanak-kanak berusia dua tahun di sebuah flat di Sembawang berakhir setelah polis memecah masuk flat tersebut tengah hari ini (28 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Sep 2016 12:51PM Dikemas Kini : 28 Sep 2016 09:50PM

SINGAPURA: Krisis tebusan selama 17 jam antara pihak polis dengan lelaki yang menahan seorang kanak-kanak berusia dua tahun di sebuah flat di Sembawang berakhir setelah polis memecah masuk flat tersebut tengah hari ini (28 Sep).

Lelaki berusia 39 tahun itu mengunci dirinya bersama kanak-kanak berkenaan di dalam sebuah unit di Blok 462 Sembawang Drive sejak sekitar pukul 6.40 petang semalam (27 Sep).

Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada pertelingkahan antara ibu kanak-kanak itu dengan lelaki berkenaan, yang dikatakan rakan kepada keluarga mereka.

Sehingga pukul 10.30 pagi tadi, para perunding polis masih berada di luar unit tersebut mencuba untuk melepaskan kanak-kanak lelaki itu.

Pada pukul 12.03 tengah hari, para pegawai daripada Pasukan Operasi Khas memecah masuk ke dalam unit tersebut.

Lelaki itu kemudian ditangkap atas kesalahan menahan seseorang secara paksa dan juga berkaitan dadah, menurut polis, sambil menambah bahawa ibu kanak-kanak berkenaan juga ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah.

Kanak-kanak lelaki itu tidak disakiti dan kini berada di bawah jagaan polis, sementara paramedik memantau keadaan beliau, menurut polis.

Mediacorp difahamkan polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga berhubung kesejahteraan kanak-kanak itu.

AP GRC Sembawang Lim Wee Kiak, yang berada di tempat kejadian pagi tadi memberitahu media bahawa kanak-kanak itu mempunyai makanan dan minuman yang mencukupi di rumahnya dan beliau merupakan anak bongu daripada empat adik-beradik.

“Kami difahamkan ini adalah pertelingkahan keluarga dan mereka sedang cuba menghuraikannya. Kami juga sudah memeriksa data kami dan keluarga tersebut tidak berada di bawah bantuan ComCare ataupun apa-apa sekalipun,” kata Dr Lim.

Polis menasihati orang ramai yang berada di daerah itu supaya jangan memasuki kawasan yang sudah dikepung.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan