Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kotak set-top 'sah' laris dijual di Sim Lim Square

Dengan membayar S$99, para pengguna di Singapura boleh mendapatkan kotak set-top yang membolehkan mereka menonton program-program seperti 'Game of Thrones' atau drama Korea terkini tanpa perlu membuat bayaran tambahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kotak set-top 'sah' laris dijual di Sim Lim Square

Kotak set-top yang dijual di Sim Lim Square. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 06 Dec 2017 03:04PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 03:11PM

SINGAPURA: Dengan membayar S$99, para pengguna di Singapura boleh mendapatkan kotak set-top yang membolehkan mereka menonton program-program seperti 'Game of Thrones' atau drama Korea terkini tanpa perlu membuat bayaran tambahan.

Berbeza dengan kaedah terdahulu yang melanggar Akta Penyiaran, peranti itu menggunakan aplikasi untuk mendapat akses kepada program-program yang tidak melanggar perlindungan hak cipta.

Pembeli hanya perlu menyambungkan peranti itu menggunakan kabel HDMI ke set televisyen dan sambungkan peranti itu ke Internet melalui Wifi atau kabel LAN.

Daripada 13 jenama yang dijual di Sim Lim Square, 11 dipasarkan di bawah jenama tempatan atau "direka di Singapura". Jenama asing yang dijual pula dari China dan Hong Kong seperti XiaoMi dari dan Minix.

Para jurujual memberi jaminan bahawa penggunaan peranti itu sah. "Ia tidak menyalahi undang-undang kerana (kandungannya) diperolehi pada aplikasi. Sukar juga menangkap orang, yang menggunakannya. Server bukan milik saya. Saya tidak tahu siapa yang memilikinya," kata salah seorang penjual.

Kotak set-top sudah berada di pasaran sejak sekitar tujuh tahun lalu, kata mereka.

Ia juga dijual di sekurang-kurangnya dua kedai di Geylang dan di laman seperti Qoo10 dan Lazada.

Ia begitu popular dengan "jenama tempatan" Synnex misalnya mempunyai lebih 57,000 pengikut di laman Facebooknya.

Para penjual juga mengeluarkan model-model baru setiap tahun yang menjanjikan kelajuan pemprosesan lebih baik dan ruang memori yang sejajar dengan peningkatan sistem pengendalian Android, kata seorang jurujual.

Pelanggan membayar premium untuk kotak set-top dengan aplikasi dari sumber yang dipercayai.

"Peranti dipasang di Singapura. Peralatan dari China," katanya. "Anda boleh menonton semua program secara langsung, filem, siri TV, secara percuma. Anda hanya perlu pasang dan mula menonton." 

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan