Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Koroner sifatkan kematian lelaki sebagai 'pembunuhan yang salah dari sisi undang-undang'

Serangan maut yang dilakukan terhadap Encik Tay Eng Soon pada 8 Julai 2015 dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV). Rakaman tersebut juga menunjukkan dengan jelas penyerangnya mencekik dan menumbuk mukanya sebanyak dua kali.

Anggaran Waktu Membaca:
Koroner sifatkan kematian lelaki sebagai 'pembunuhan yang salah dari sisi undang-undang'

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 29 Mar 2017 11:15PM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 11:18PM

SINGAPURA: Serangan maut yang dilakukan terhadap Encik Tay Eng Soon pada 8 Julai 2015 dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV). Rakaman tersebut juga menunjukkan dengan jelas penyerangnya mencekik dan menumbuk mukanya sebanyak dua kali.

Encik Tay kemudian pengsan, tidak sedarkan diri, dan tidak dapat disedarkan semula. Beliau disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

"Adegan serta bukti forensik dan dokumentari" tersebut adalah "jelas dan nyata" bahawa kematian Encik Tay adalah pembunuhan yang menyalahi undang-undang, menurut Koroner Negara Marvin Bay pada Rabu (29 Mac).

Bagaimanapun, penyerang tersebut, yang dinamakan sebagai Lim Keow Chye, belum didakwa dengan jenayah berkenaan. Dia meninggalkan Singapura sejurus selepas pembunuhan itu dan keberadaannya tidak diketahui, meskipun dia dipercayai sudah melarikan diri ke Malaysia, dedah Penolong Penguasa Polis Arun Guruswany.

ASP Arun turut memberitahu siasatan koroner bahawa waran tangkap bagi Encik Lim sudahpun dikeluarkan, dan pihak berkuasa sudah mendapatkan bantuan daripada polis Malaysia untuk memberkasnya, tetapi "belum ada maklumat yang berwibawa sejauh ini".

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan