Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Koordinasi lebih rapat perlu bagi bina ASEAN lebih selamat, kata DPM Teo

Dengan meningkatnya jenayah rentas sempadan dan pengganasan di semenanjung ini, negara-negara harus terus bekerjasama bagi membina ASEAN yang lebih selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Koordinasi lebih rapat perlu bagi bina ASEAN lebih selamat, kata DPM Teo

Gambar fail DPM Teo Chee Hean. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 07:36PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 07:38PM

SINGAPURA: Dengan meningkatnya jenayah rentas sempadan dan pengganasan di semenanjung ini, negara-negara harus terus bekerjasama bagi membina ASEAN yang lebih selamat.

Demikian menurut Encik Teo Chee Hean, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, di majlis pembukaan persidangan ASEANAPOL (ASEAN Polis) pada Rabu (13 Sep).

Dalam ucapannya itu, Encik Teo menekankan bahawa penggunaan teknologi dan IT boleh meningkatkan perkongsian maklumat yang bertepatan bagi membantu menyelesaikan tiga cabaran sama yang dihadapi oleh negara ASEAN - ancaman pengganasan, jenayah siber dan dadah.

Encik Teo menambah bahawa kumpulan militan ISIS sedang mencuba untuk membina sistem negara khilafah di Asia Tenggara, dan dengan lebih banyak militan yang pulang daripada Syria dan Iraq, ancaman yang dihadapi oleh negara di semenanjung ini menjadi "yang paling tinggi dalam tahun kebelakangan ini".

"Oleh itu, kita mesti menyelaras dengan lebih rapat agensi-agensi penguatkuasa undang-undang di ASEAN untuk memudahkan pertukaran lebih bertepatan maklumat perisikan dan biometrik militan-militan yang akan dikenali," kata Encik Teo.

Dalam langkah penting untuk bekerjasama, Encik K Shanmugam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, melancarkan program yang dipertingkat, iaitu ASEANAPOL Database 2.0 (e-ADS 2.0), yang membolehkan pasukan polis di ASEAN bertukar-tukar maklumat perisikan dan jenayah.

Pangkalan data tersebut pertama kali dilancarkan pada tahun 2006, dan pembangunan sistem yang dinaiktaraf sudah disahkan oleh Pasukan Polis ASEAN pada Persidangan ASEANAPOL ke-36 pada tahun 2016.

DPM Teo juga menarik perhatian tentang operasi bersama yang dijalankan bersama INTERPOL baru-baru ini, sebagai satu contoh kerjasama yang diperlukan untuk memerangi kebangkitan jenayah siber di negara-negara ASEAN.

Beliau menambah bahawa para penyiasat sudah mendapati sebanyak 9,000 server ditemui menyebarkan perisian hasad (malware) dan menjejas beratus-ratus laman web,
termasuk portal pemerintah.

Encik Teo turut menekankan tentang trend yang "membimbangkan" terhadap peningkatan pengeluaran methamphetamine dan sindiket luar negara yang terlibat dalam pengedaran dadah di negara-negara ASEAN. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan