Images
  • bruno mars
    Bruno Mars beraksi di malam anugerah tersebut. (Gambar: REUTERS/Yves Herman)

Konsert 24K Magic Bruno Mars di S'pura Mei depan

SINGAPURA: Pemenang Anugerah Grammy Bruno Mars akan membuat persembahan di Singapura sebagai sebahagian daripada konsert jelajah dunia 24K Magic pada 6 Mei tahun depan.

Konsert tersebut akan diadakan di Stadium Tertutup Singapura dan tiket-tiket yang dijual berharga S$348, S$298, S$288, S$248 dan S$168, menurut penganjur konsert, Live Nation Lushington SG.

Penjualan tiket akan bermula pada 19 Oktober pada jam 10.00 pagi di www.sportshubtix.sg ataupun menerusi talian 3158 8588, tempat penjualan tiket Stadium Tertutup Singapura dan semua cawangan SingPost.

Konsert jelajah dunia 24K Magic itu diadakan sempena album terbaru Bruno Mars yang medahului carta album, yang dilancarkan pada bulan November tahun lalu.

- CNA/SM/aq

Top