Images
  • Singapore

Koleksi hijab paparkan pemandangan S'pura

SINGAPURA: Dengan perniagaan busana muslimah semakin berkembang, tidak hairanlah sehelai hijab kini lebih kontemporari dengan pelbagai warna dan corak tersedia ada.

Menariknya, kini anda juga boleh menggayakan hijab yang berlatar belakangkan pemandangan indah Singapura.

Marina Bay Sands, Singapore Flyer dan kawasan CBD. Ianya dicetak bukan pada sehelai kanvas, tetapi sehelai kain sutera satin yang boleh juga digayakan dalam pelbagai bentuk termasuk hijab.

Dilancarkan oleh dUCk Scarves yang berpangkalan di Malaysia, pemiliknya mendapat idea untuk menghasilkan hijab koleksi pemandangan Singapura kerana sebahagian besar pembelinya adalah warga Singapura.

"Tumpuan kami adalah wanita moden, wanita yang bekerja, wanita bandar yang menghargai fesyen tetapi juga mengenakan hijab. Itu adalah sesuatu yang ingin saya ketengahkan iaitu anda masih boleh berketrampilan walaupun berhijab," jelas Pengarah Urusan, FashionValet & dUCk Scarves Vivy Yusof.

Yang pasti, pelbagai jenama hijab yang terdapat di pasaran kini menawarkan lebih banyak pilihan dan membuat wanita hari ini, lebih rambang mata! 

- BERITAMediacorp/ag

Top
>