Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kita perlu fikirkan cara tangani masalah rakyat S'pura jadi radikal di luar negara, Menteri MHA

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam mengulas video ISIS yang mendakwa menampilkan anggota warga Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Kita perlu fikirkan cara tangani masalah rakyat S'pura jadi radikal di luar negara, Menteri MHA

Gambar fail Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 24 Sep 2017 07:35PM Dikemas Kini : 24 Sep 2017 07:40PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam mengulas video ISIS yang mendakwa menampilkan anggota warga Singapura.

Menulis dalam laman Facebook beliau, Encik Shanmugam berkata pihak berkuasa "sudah menjangkakan perkara ini" dan pada masa akan datang "perlu menjangkakan lebih banyak lagi kejadian sebegini berlaku".

Dalam video yang sedang menular di wadah online, seorang anggota ISIS menggelar dirinya sebagai "Abu Uqayl dari Singapura" dan mengajak untuk berjihad.

Encik Shanmugam dalam catatan di Facebook beliau berkata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) percaya Abu Uqayl adalah Megat Shahdan yang meninggalkan Singapura pada tahun 2014 dan menjadi radikal di Timur Tengah.

ISD tambah ia sedar akan kegiatan Shahdan dan kesnya telah dikongsi bersama masyarakat.

ISD menyatakan Encik Shanmugam bertindak dari awal lagi dalam menangani mereka yang menunjukkan tanda-tanda menjadi radikal di Singapura. Abu Uqayl bagaimanapun berada di luar Singapura.

"Kita perlu fikirkan cara-cara untuk menangani masalah radikalisasi dalam kalangan rakyat Singapura, yang boleh berlaku di luar negara, khususnya di negara-negara di mana kemungkinan menjadi radikal lebih tinggi", tambah beliau.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan