Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Kita mesti amat berhati-hati dalam memastikan kita tidak terjatuh ke dalam perangkap pelampau': Dr Balakrishnan di PBB

Para pemimpin harus berhati-hati dan teliti dalam respons mereka terhadap kumpulan pelampau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2017 02:24PM Dikemas Kini : 24 Sep 2017 09:00PM

SINGAPURA: Para pemimpin harus berhati-hati dan teliti dalam respons mereka terhadap kumpulan pelampau.

Demikian menurut Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan semasa berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-72 semalam (23 Sep).

"Para pelampau sebenarnya mempunyai strategi yang sama," katanya. "Pertama, mereka akan melakukan tindakan yang amat ganas. Kedua, meletakkan label agama terhadap situasi tersebut untuk menyampaikan mesej 'kami' lawan 'anda'. Ketiga, untuk menghapuskan situasi moderat dengan menyebabkan pengasingan yang disebabkan oleh tindak balas berlebihan.

"Kita mesti amat berhati-hati dalam memastikan kita tidak terjatuh ke dalam perangkap pelampau."

Merujuk kepada ketegangan yang berlarutan di wilayah Rakhine di Myanmar ekoran satu serangan pengganas pada Ogos, Dr Balakrishnan berkata, setiap pemerintah mempunyai tanggungjawab untuk melindungi setiap orang awam, tanpa mengira kaum, kepercayaan agama mahupun asal-usul.

Dr Balakrishnan menambah bahawa beliau sudah membuat lawatan ke Nay Pyi Taw pada minggu lepas dan bertemu Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi, yang "sangat bimbang tentang apa yang berlaku kepada negerinya, dan amat sedih dengan kesakitan dan keperitan yang berlaku di sana".

Dr Balakrishnan berkata, situasi di Rakhine merupakan "isu silang masyarakat yang rumit, dengan punca yang bersangkut-paut dengan sejarah lama", dan tidak boleh diselesaikan dengan cepat, dan ASEAN menyokong Myanmar dalam mencari huraian bagi menstabilkan keadaan di sempadan negara itu.

Singapura akan bekerjasama dengan ASEAN dan Myanmar untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada semua masyarakat yang terjejas, tambahnya. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan