Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kit NTUC FairPrice bernilai S$100 bagi bayi rakyat S'pura yang dilahirkan antara 2016-2019

Kit FairPrice FairMily itu, termasuk lampin pakai buang, beras dan susu tepung Aptamil Danone Nutricia, semuanya dibawa masuk pasar raya itu pada tahun lalu, dan dijangka memanfaatkan sekitar 35,000 bayi setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2017 05:56PM Dikemas Kini : 21 May 2017 09:28PM

SINGAPURA: Ibu bapa bayi rakyat Singapura yang dilahirkan antara Januari tahun lalu dan Disember 2019 boleh menerima produk berkaitan bayi dan keluarga bernilai S$100 dari NTUC FairPrice, menerusi satu inisiatif yang akan menelan belanja S$14 juta sepanjang tempoh empat tahun akan datang.

Kit FairPrice FairMily itu, termasuk lampin pakai buang, beras dan susu tepung Aptamil Danone Nutricia, semuanya dibawa masuk pasar raya itu pada tahun lalu, dan dijangka memanfaatkan sekitar 35,000 bayi setiap tahun.

Untuk menerima kit berkenaan, ibu bapa boleh mendaftar di www.ntucgoodstart.sg.

Mereka akan merima sekeping kad melalui kiriman pos yang boleh dibawa ke 16 cawangan FairPrice merata negara untuk menerima habuan mereka.

Bagaimanapun, ia hanya boleh dilakukan selepas bayi mereka berusia enam bulan.

Kit itu adalah sebahagian daripada NTUC Good Start Bundle yang dilancarkan bulan lalu.

Ia termasuk perlindungan insurans kesihatan selama setahun secara percuma bagi bayi baru lahir di bawah NTUC Income, dengan manfaat-manfaat lain dilaksanakan dalam masa setahun.

Mengumumkan inisiatif terbaru di acara berjalan beramai-ramai tahunan FairPrice hari ini (21 Mei), Ketua Pegawai Eksekutif NTUC FairPrice Seah Kian Peng, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade, berkata pertubuhannya memahami harga susu tepung semakin meningkat dan ia mahu membantu ibu bapa mengurangkan kos membeli susu tepung.

Dalam pada itu, Yayasan FairPrice mendermakan baucar pasar raya bernilai S$1.2 juta kepada kira-kira 20,000 keluarga dan individu berpendapatan rendah hari ini. 

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan