Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat percuma MRT sempena Rumah Terbuka Lanjutan Tuas West hari ini

Para penumpang pada Jumaat (16 Jun) tidak mahu terlepas peluang untuk menaiki MRT secara percuma dan menjadi antara yang pertama untuk meneroka empat stesen baru di Laluan baru Lanjutan Tuas West (TWE) sempena Rumah Terbuka TWE.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jun 2017 02:06PM Dikemas Kini : 16 Jun 2017 10:53PM

SINGAPURA: Para penumpang pada Jumaat (16 Jun) tidak mahu terlepas peluang untuk menaiki MRT secara percuma dan menjadi antara yang pertama untuk meneroka empat stesen baru di Laluan baru Lanjutan Tuas West (TWE) sempena Rumah Terbuka TWE.

Pelbagai permainan dan kegiatan turut dianjurkan termasuk perkhidmatan kereta api percuma bagi keempat-empat stesen - Gul Circle, Tuas Crescent, Tuas West Road dan Tuas Link – dari tengah hari hingga 8 malam ini.

Laluan sepanjang 7.5 kilometer selepas Joo Koon - yang meruapakan stesen terakhir di Laluan Timur-Barat (EWL) kini - akan memulakan khidmat penumpang pada Ahad.

Berucap di acara perasmian di stesen Tuas Link pada Jumaat, Menteri Pengangkutan Kedua Ng Chee Meng menyifatkan TWE sebagai "pencapaian kejuruteraan yang ketara".

Ia adalah jambatan kereta api dan jalan raya bersepadu yang pertama di negara ini. Dengan ketinggian 23 meter ia hampir dua kali lebih tinggi berbanding jambatan MRT biasa. Stesen Gul Circle, yang berada pada ketinggian 33 meter atau sekitar 10 tingkat blok HDB, juga adalah stesen paling tinggi bagi rangkaian MRT tersebut.

Peta sistem Lanjutan Tuas West. (Gambar: LTA)

Sejak EWL selesai dibina pada tahun 1990, Tuas sudah diperluaskan menjadi dua kali lebih besar, dengan lebih banyak industri baru - dari bioperubatan hingga pesisiran pantai dan marin. Kawasan tersebut terus berkembang dan akan menempatkan Pelabuhan Tuas yang baru, kata Encik Ng, yang juga Menteri Pendidikan (Sekolah-sekolah).

TWE, yang dibina bagi memenuhi permintaan pengangkutan ulang alik yang kian meningkat ke Tuas, dijangka menyediakan khidmat kepada 100,000 penumpang setiap hari. Sebagai contoh, mereka yang melakukan perjalanan dari Woodlands ke Tuas West akan menikmati waktu perjalanan yang lebih singkat, iaitu dari satu setengah jam kepada kurang sejam.

Dijadualkan dibuka menjelang hujung tahun lalu, perasmian TWE tergendala disebabkan sistem isyarat barunya yang sama seperti yang diuji bagi Laluan Utara-Selatan - harus menjalani lebih banyak ujian untuk memastikan keutuhannya.

Dalam perkembangan terbarunya pada Jumaat, Encik Ng berkata bagi lima bulan pertama tahun ini, kereta api di seluruh rangkaian MRT melakukan perjalanan sejauh 387,000 kilometer sebelum mengalami kelengahan selama lebih lima minit.

Ini adalah lebih dua kali ganda berbanding "kilometer purata antara kegagalan" (MBKF) - iaitu kayu ukur bagi keutuhan kereta api - sebanyak 168,000 kilometer bagi tempoh sama tahun lalu.

Sejauh ini, prestasi rangkaian itu kereta api sudahpun melepasi sasaran MBKF pemerintah sebanyak 300,000 kilometer bagi tahun ini. Sasaran tersebut akan dinaikkan kepada 400,000 kilometer tahun depan.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan