Images
  • Circle Line
    Gambar fail penumpang di Laluan Circle. 

Khidmat MRT Laluan Circle tertangguh akibat kerosakan isyarat

SINGAPURA: Khidmat kereta api di Laluan Circle tertangguh pada waktu sibuk pagi ini (15 Nov) akibat kerosakan isyarat, demikian menurut SMRT.

Dalam satu tweet yang ditulis di laman Twitternya, SMRT menyatakan para penumpang boleh menjangkakan kelengahan selama 20 minit pada perjalanan antara stesen Farrer Road dengan Buona Vista.

Perjalanan antara stesen Buona Vista dengan Habourfront juga terjejas di mana penumpang boleh menjangkakan tambahan masa selama 20 minit pada perjalanan bagi kedua-dua arah.

Sebelum ini, SMRT mengumumkan di laman Twitternya tentang kerosakan isyarat yang menyebabkan khidmat kereta api tertangguh antara stesen Botanic Gardens dengan Haw Par Villa. 

- CNA/AQ/aq

Top