Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat MRT antara Boon Lay dan Gul Circle disambung semula selepas gangguan kereta api

Khidmat kereta api antara stesen Boon Lay dan Gul Circle di Laluan Timur-Barat disambung semula selepas berlakunya gangguan kereta api pada pagi Khamis (7 Dis), menurut SMRT.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat MRT antara Boon Lay dan Gul Circle disambung semula selepas gangguan kereta api

Gambar fail MRT. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 07 Dec 2017 07:22AM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 07:24AM

SINGAPURA: Khidmat kereta api antara stesen Boon Lay dan Gul Circle di Laluan Timur-Barat disambung semula selepas berlakunya gangguan kereta api pada pagi Khamis (7 Dis), menurut SMRT.

Pada 5.22 pagi, SMRT menyatakan tiada khidmat yang disediakan antara Boon Lay dan Gul Circle menyusuli satu gangguan kereta api.

Bagaimanapun, dalam catatan di Twitter pada 6.05 pagi, pengendali kereta api tersebut menyatakan khidmat disambung semula antara stesen-stesen berkenaan dan bahawa khidmat bas percuma masih disediakan kepada para penumpang.

Pada 6.24 pagi, SMRT menyatakan dalam satu lagi catatan bahawa khidmat bas percuma ditamatkan selepas masalah gangguan kereta api dileraikan.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan