Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat kereta api di LRT Bukit Panjang terganggu akibat masalah tenaga

Khidmat kereta api di Laluan Bukit Panjang terganggu hampir sejam awal pagi ini (28 Sep) setelah berlaku masalah tenaga.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat kereta api di LRT Bukit Panjang terganggu akibat masalah tenaga

Stesen LRT Choa Chu Kang.

Diterbitkan : 28 Sep 2016 08:27AM Dikemas Kini : 28 Sep 2016 08:31AM

SINGAPURA: Khidmat kereta api di Laluan Bukit Panjang terganggu hampir sejam awal pagi ini (28 Sep) setelah berlaku masalah tenaga.

Menerusi catatan Twitter pada pukul 5.33 pagi, SMRT menyatakan para penumpang boleh menjangkakan kelengahan selama 30 minit.

Khidmat bas biasa dan bas ulang-alik percuma disediakan, tambah SMRT.

Pada pukul 6.40 pagi, SMRT menyatakan bahawa khidmat kereta api sudah disambung semula dan khidmat bas percuma masih diteruskan.

Khidmat kereta api di laluan itu juga terganggu semalam (27 Sep) sekitar pukul 10.55 malam antara stesen Choa Chu Kang dengan Bukit Panjang di kedua-dua hala disebabkan oleh masalah tenaga.

Masalah itu diatasi hampir dua jam kemudian sekitar pukul 12.27 tengah malam, menurut SMRT.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan