Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khidmat jalur lebar Singtel terganggu; jurutera sedang berusaha pulihkan khidmat

Singtel menyatakan sesetengah pelanggannya mungkin mengalami kesukaran untuk mengakses khidmat gentian jalur lebar.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat jalur lebar Singtel terganggu; jurutera sedang berusaha pulihkan khidmat

Logo Singtel di luar ibu pejabatnya di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 03 Dec 2016 10:53AM Dikemas Kini : 03 Dec 2016 11:12AM

SINGAPURA: Syarikat telko Singtel pada Sabtu (3 Dis) menyatakan bahawa sesetengah pelanggannya mungkin mengalami kesukaran untuk mengakses khidmat gentian jalur lebar syarikat itu.

Menurut catatan Facebook pada pukul 9.43 pagi tadi, Singtel menyatakan: "Para jurutera kami sedang berusaha untuk menghuraikan masalah itu. Terima kasih atas kesabaran anda."

Beberapa orang pelanggan Singtel meluahkan kekecewaan dan kemarahan mereka di lelaman media sosial. Pengguna Twitter @fernyys misalnya berkata: "Ini bukan masanya untuk khidmat @Singtel terganggu. Ia menjejas kerja kami!"

Catatan pada pukul 9.43 pagi di laman Facebook Singtel itu menerima sebanyak 265 komen dalam masa 17 minit, dengan isu yang sama menjejas pengguna dan pelanggan di merata negara dari Jurong West ke Pasir Ris.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan