Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Khaw Boon Wan: Insiden terowong NSL banjir tidak seharusnya berlaku, pasukan penyenggaraan SMRT 'menghampakan kami'

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata pada Isnin (6 Okt) bahawa pasukan penyenggaraan SMRT yang bertanggungjawab atas sistem mencegah banjir di stesen Bishan telah "menghampakan kami" dalam respons pertamanya berkenaan insiden terowong banjir di laluan Utara-Selatan (NSL) dua minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2017 08:36PM Dikemas Kini : 16 Oct 2017 10:47PM

SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata pada Isnin (6 Okt) bahawa pasukan penyenggaraan SMRT yang bertanggungjawab atas sistem mencegah banjir di stesen Bishan telah "menghampakan kami" dalam respons pertamanya berkenaan insiden terowong banjir di laluan Utara-Selatan (NSL) dua minggu lalu.

Pada Sabtu (7 Okt), hujan lebat meresap masuk ke dalam stesen Bishan, menyebabkan banjir di terowong menghala ke stesen Newton hingga ke paras pinggang.

SMRT terpaksa memotong bekalan kuasa ke landasan sebagai langkah keselamatan, menyebabkan khidmat di enam stesen sepanjang NSL dihentikan selama sekitar 20 jam. Lebih suku juta pengguna terjejas.

Kejadian itu merupakan gangguan pertama disebabkan banjir dan salah satu daripada kerosakan paling teruk dalam sejarah SMRT hingga menyebabkan ketidakselesaan di kalangan orang ramai.

Insiden itu "menyedihkan" - namun boleh dielak dan tidak sepatutnya berlaku, kata Encik Khaw.

"Kami menyesali ia berlaku. Apapun tindakan susulan yang perlu dilakukan, sudah pun bermula. Tiada apa-apa pun yang perlu diselindung. "

"Insiden itu menjejas pemulihan semula keyakinan orang ramai terhadap kami," akur Encik Khaw.

"TIDAK DISELENGGARA DENGAN BAIK"

Encik Khaw berkata bahawa terowong MRT Singapura direka supaya dapat menahan cuaca tempatan dan juga "ribut yang jauh lebih teruk daripada yang melanda minggu-minggu sebelum ini."

"Pokoknya ialah banjir tidak seharusnya berlaku di terowong-terowong itu. Namun, pada 7 Oktober, berlaku takungan air hujan di stesen Bishan dan Braddell."

"Siasatan kami menunjukkan bahawa sistem anti-banjir di sana tidak diselenggara dengan baik."

"Secara ringkasnya, kolam takungan air hujan boleh menampung lebih 5,000 meter padu air hujan. Semasa tempoh hujan berlaku, jumlah air hujan yang bertakung tidak mungkin melebihi melebihi 700 atau paling banyak pun 1,000 meter padu."

Kata Encik Khaw: "Jika ia diselenggara dengan baik, ia sepatutnya kosong sebelum air hujan mula mengalir. Namun, ia melimpah kerana kolam itu tidak diselenggara dengan betul. "

Beliau mendedahkan lagi bahawa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT pada 29 September, sudah membuat keputusan untuk menggantikan semua pam.

"Jadi, kita terlewat beberapa hari. Sekiranya mereka meneruskan penggantian (pam) kegenjotan ini mungkin tidak berlaku.

"Tetapi saya rasa itu adalah resmi kehidupan."

"KAMI SUDAH MEMBUAT BANYAK KEMAJUAN SERIUS"

Encik Khaw berkata tumpuan sudah diberikan kepada sistem rel dan isyarat kereta api, sebelum ini di mana terdapat banyak kemajuan.

"Pada awalnya saya meminta untuk diberi sekitar empat atau lima tahun. Kami berada di pertengahan tempoh itu sekarang," katanya.

"Kami mahu mengurangkan jurang dengan pencapaian Taipei yang berjaya menjalankan khidmat sepanjang 800,000 kilometer tanpa sebarang gangguan. Kami sudah membuat penambahbaikan yang serius, kami melebihi sasaran tahun depan (400,000km) dan itulah sebabnya saya cukup yakin untuk meningkatkan sasaran kepada 1 juta.

"Tetapi saya tahu rakyat Singapura tidak dapat mengaitkan diri dengan sasaran itu kerana mereka masih mendengar tentang kelewatan di sana sini kerana kerosakan sistem isyarat."

Sebab utamanya kata Encik Khaw, boleh dikesan kepada dua projek utama yang sedang berlangsung pada masa yang sama - kerja-kerja peningkatan kepada laluan yang ada dan sistem isyarat NSL.

"Saya sudah mengumumkan bahawa kerja-kerja ke atas sistem semula isyarat akan membawa masalah. Saya berkata demikian di khalayak ramai, supaya anda dapat memahami kami, "katanya.

"Jadi, apabila anda menilai prestasi kami dalam sistem isyarat, kami sudah melakukannya dengan baik. Itulah sebabnya saya bimbang apabila laporan media salah faham tentang kedua-dua projek dan membuat kesimpulan yang salah. "  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan