Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keupayaan pemerintah rancang masa depan, buat keputusan penting kunci utama S'pura istimewa

Keupayaan pemerintah untuk merancang berdekad-dekad ke hadapan serta membuat keputusan jangka panjang adalah kunci bagi memastikan Singapura kekal istimewa. 

Anggaran Waktu Membaca:
Keupayaan pemerintah rancang masa depan, buat keputusan penting kunci utama S'pura istimewa

Kabinet baru Singapura. (Gambar: Justin Ong)

Diterbitkan : 23 Jan 2017 07:55PM Dikemas Kini : 23 Jan 2017 07:59PM

SINGAPURA: Keupayaan pemerintah untuk merancang berdekad-dekad ke hadapan serta membuat keputusan jangka panjang adalah kunci bagi memastikan Singapura kekal istimewa.

Pengarah Institut Kajian Dasar, Janadas Devan, berkata Republik ini tidak boleh menjadi luar biasa tanpa sebuah pemerintah yang juga luar biasa.

Encik Janadas, yang juga Ketua Perhubungan Pemerintah, bercakap di persidangan Perspektif Singapura 2017.

Beliau memberi amaran negara mungkin tidak akan ada peluang kedua jika orang-orang yang salah dipilih memasuki pemerintah dan politik tempatan mula mempunyai unsur-unsur yang kurang sihat.

Beliau menambah warga Singapura, meskipun sering dikritik kerana 'terlalu manja' memang betul dalam mengharapkan pemerintah supaya sentiasa menonjolkan prestasi luar biasa.

Pada akhirnya ini bermakna, mereka mengharapkan yang terbaik daripada diri mereka sendiri. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan