Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ketua Pusat Arahan Pasifik AS terima anugerah tentera berprestij S'pura

Komander Markas Pasifik Amerika Syarikat (US PACOM) diberi anugerah tentera berprestij Singapura, iaitu Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Presiden Halimah Yacob pada Selasa (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pusat Arahan Pasifik AS terima anugerah tentera berprestij S'pura

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen memberikan anugerah kepada Laksamana Harry Harris di upacara pengurniaan yang diadakan di Kementerian Pertahanan (MINDEF). (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 17 Oct 2017 10:13PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 10:22PM

SINGAPURA: Komander Markas Pasifik Amerika Syarikat (US PACOM) diberi anugerah tentera berprestij Singapura, iaitu Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Presiden Halimah Yacob pada Selasa (17 Okt).

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen memberikan anugerah tersebut kepada Laksamana Harry Harris di upacara pengurniaan yang diadakan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) petang tadi.

Laksamana Harris diberikan anugerah berkenaan kerana memberikan "sumbangan besar meningkatkan hubungan pertahanan kukuh dan cemerlang antara Amerika Syarikat dan Singapura," dedah MINDEF dalam kenyataan medianya.

Di bawah pucuk kepimpinan Laksamana Harris, US PACOM dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sudahpun menunjukkan banyak kemajuan berhubung inisiatif di bawah Perjanjian Rangka Kerja Strategik 2005 dan Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang dipertingkat pada 2015.

Ini termasuk pengerahan secara bergilir-gilir pesawat Poseidon P-8 ke Singapura olehTentera Laut Amerika Syarikat, sejak tahun 2015, serta pengerahan berterusan secara bergilir-gilir Kapal Tempur Litoral, menurut kementerian tersebut.

"Dengan tunjuk ajar Laksamana Harris, angkatan bersenjata kami sudah mewujudkan kolaborasi dua hala di kawasan keselamatan bukan konvensional, termasuk bantuan kemanusiaan dan bencana, pertahanan siber serta biokeselamatan," dedah kementerian itu.

"BERBESAR HATI UNTUK MENERIMA ANUGERAH BERPRESTIJ INI"

Laksamana Harris juga menyelia perasmian peluang latihan dua hala peringkat tinggi yang baru antara US PACOM dan SAF semasa tempoh jawatannya, seperti latihan tentera laut dua hala Griffin Pasifik di Guam yang julung-julung kalinya diadakan tahun ini.

"Inisiatif-inisiatif sedemikian memberikan nilai profesional besar kepada kedua-dua pihak, dan sudah meningkatkan daya saling mengenali dan mengukuhkan persahabatan antara angkatan tentera kami," menurut MINDEF.

"Saya sangat berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij ini, tetapi saya yakin lebih penting lagi adalah kepimpinan penting Singapura dalam rantau yang mencabar ini. Kerjasama antara Singapura dan Amerika Syarikat menyokong asasnya, yang kemudian mewujudkan kemakmuran dan kestabilan di rantau ini," kata Laksamana Harris, selepas diberi anugerah tersebut.

"Perjuangan SAF bagi menambah kegiatan dua hala dan peluang latihan rumit dengan PACOM sesuatu yang benar-benar mendorong kejayaan acara-acara kali pertama ini. Anugerah ini bukan mengenai seorang individu tetapi lebih kepada mengiktiraf hubungan yang semakin mendalam antara tentera dan negara kami," dedahnya.

MINDEF menyatakan bahawa Laksamana Harris juga menyokong kuat rangka kerja keselamatan serantau yang kukuh. Di bawah kepimpinannya, US PACOM sudahpun membuat sumbangan penting kepada kegiatan dan latihan di bawah Sidang Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN - Serta Kumpulan Kerja Pakar-Pakar.

Laksamana Harris, yang berada di Singapura bagi lawatan dua hari, mengadakan pertemuan dengan Dr Ng dan Panglima Pasukan Pertahanan, Leftenan Jeneral Perry Lim. Beliau juga memeriksa kontinjen Kawalan Kehormatan di MINDEF sebelum upacara tersebut.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan