Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kesesakan trafik dijangka di pusat pemeriksaan darat semasa musim Tahun Baru Cina

Trafik di Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka meningkat sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan kemungkinan akan menjadi sibuk dari 26 hingga 31 Januari, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kesesakan trafik dijangka di pusat pemeriksaan darat semasa musim Tahun Baru Cina

Kereta-kereta memasuki Singapura dari Malaysia menerusi pusat pemeriksaan Tuas. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 24 Jan 2017 11:49AM Dikemas Kini : 24 Jan 2017 11:50AM

SINGAPURA: Trafik di Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka meningkat sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan kemungkinan akan menjadi sibuk dari 26 hingga 31 Januari, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (24 Jan).

Sekitar 400,000 pelawat menggunakan pusat-pusat pemeriksaan darat itu setiap hari dan bilangan itu dijangka bertambah kepada 430,000 semasa waktu-waktu sibuk.

Para pelawat juga harus menjangkakan masa menunggu lebih lama berbanding biasa kerana pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat akan dilaksanakan di pusat-pusat pemeriksaan.

Terdapat lebih 46,000 kes barangan terlarang dikesan di pusat-pusat pemeriksaan darat tahun lalu - purata 126 kes setiap hari.

ICA juga mengingatkan para pelawat supaya jangan membawa masuk barangan terlarang seperti mercun. Barangan terkawal seperti daging babi yang dipanggang, telur dan tumbuh-tumbuhan dalam pasu, hanya boleh dibawa masuk dari negara-negara yang dibenarkan.

Para pelawat harus memeriksa dan memastikan mereka menggunakan pasport mereka sendiri yang mempunyai tempoh sah digunakan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum melakukan perjalanan. Tahun lalu, terdapat sekitar 800 kes warga Singapura dikesan di pusat-pusat pemeriksaan darat menggunakan pasport yang salah atau pasport yang sebelum ini dilaporkan hilang atau dicuri.

Pasport-pasport yang dilapor hilang atau dicuri tidak lagi boleh digunakan untuk ke luar negara meskipun sudah dijumpai semula. Ia akan dibatalkan ICA, dan sebarang percubaan untuk menggunakannya adalah satu kesalahan di bawah Akta Pasport yang boleh membawa hukuman denda sehingga S$10,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, menurut ICA.

Pasport-pasport yang sudah didapatkan semula mesti diserahkan kepada ICA dalam masa 14 hari agar tidak disalahgunakan.

Kegagalan menyerahkan pasport yang didapatkan semula adalah kesalahan di bawah Peraturan Pasport dan boleh dihukum denda sehingga S$3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan