Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes viral dendeng halal: MUIS akan dedahkan hasil siasatan

BERITAMediacorp difahamkan kononnya terdapat seorang peniaga dari kaum lain yang menjual dendeng sempena bazar Ramadan ini di kawasan Geylang Serai.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes viral dendeng halal: MUIS akan dedahkan hasil siasatan

Majlis Ugama Islam Singapura. (Gambar: Laman Mendaki)

SINGAPURA: Baru-baru ini kisah dendeng halal menjadi viral di laman-laman media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

BERITAMediacorp difahamkan kononnya terdapat seorang peniaga dari kaum lain yang menjual dendeng sempena bazar Ramadan ini di kawasan Geylang Serai.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak dapat memastikan bahawa dendeng yang dijual itu adalah halal atau tidak.

Respons MUIS dikongsi seorang pengguna Facebook dengan nama Halimah Abh.

Cik Halimah Abh berkata: "Alhamdulillah MUIS sudah pergi siasat! Kilang pengeluar dendeng DDHS disahkan mempunyai sijil halal MUIS.

Bagaimanapun, MUIS tidak dapat mengesahkan sumber dendeng yang dijual di gerai-gerai bazar, yang mungkin atau tidak mendapatkan bekalan mereka dari DDHS."

"Pelanggan Muslim juga dinasihati agar berhati-hati sebelum membeli sebarang produk.Sebaiknya mengelak jika anda berasa 'was-was'."

Tulisan Cik Halimah itu juga mengakhiri dengan menyatakan bahawa ia adalah respons diberikan Pentadbir akaun Facebook MUIS dan juga mengatakan para pegawai MUIS sudah memulakan siasatan.

Dalam respons kepada soalan diajukan BERITAMediacorp, seorang jurucakap MUIS mengatakan pihaknya akan mendedahkan hasil siasatan para pegawainya pada masa yang terdekat, sebaik sahaja mereka mendapatkan semua maklumat yang perlu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan