Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes rogol di MacRitchie: Pekerja binaan dipenjara 17 tahun kerana rogol pendaki

Pekerja binaan warga Bangladesh Pramanik Liton pada hari Jumaat (19 Mei) dihukum penjara 17 tahun dan disebat 24 kali kerana merogol seorang pendaki di Taman Kolam Air MacRitchie pada tahun 2015. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kes rogol di MacRitchie: Pekerja binaan dipenjara 17 tahun kerana rogol pendaki

Gambar fail Kolam Air Macritchie.

Diterbitkan : 19 May 2017 01:57PM Dikemas Kini : 19 May 2017 02:17PM

SINGAPURA: Pekerja binaan warga Bangladesh, Pramanik Liton, pada hari Jumaat (19 Mei) dihukum penjara 17 tahun dan disebat 24 kali kerana merogol seorang pendaki di Taman Kolam Air MacRitchie pada tahun 2015.

Lelaki yang berusia 24 tahun itu didapati bersalah atas dua tuduhan merogol serta satu tuduhan bagi serangan seksual dan satu lagi kerana menculik mangsa untuk persetubuhan haram.

Liton menculik mangsa dengan mengacukan pisau, memaksanya keluar dari Jejak Lornie dan ke dalam hutan, di mana dia merogol wanita itu sebanyak dua kali dan memaksanya melakukan seks oral terhadapnya.

Mahkamah diberitahu bahawa pada satu ketika wanita itu, seorang warga China berusia 40 tahun, tidak sedarkan diri apabila Liton menutup mulut dan hidungnya dengan satu tangan, sambil menekan pisau ke lehernya dengan tangannnya yang lain.

Dia kemudian merogolnya "dengan paksa" sehinggakan wanita itu menjerit dalam kesakitan, kata Timbalan Pendakwa Raya, Encik Tan. Liton kemudiannya memberi mangsa S$50 untuk "membeli ubat supaya dia tidak akan hamil", DPP Tan, memberitahu mahkamah.

Bukti cap jari Liton ditemui pada pisau di tempat kejadian dan ujian DNA mendapati air maninya dalam mulut, faraj, dan seluar dalam mangsa.

Namun, Liton menafikan tuduhan tersebut, dan pada Khamis, menegaskan bahawa dia tidak menyentuh wanita itu, apatah lagi merogolnya.

Dia mendakwa tidak bercakap dengan wanita tersebut, tetapi hanya membuat bunyi-bunyian.

"Saya hanya cuba untuk menakut-nakutkannya dan dia meninggal dunia akibat ketakutan."

Timbalan Pendakwa Raya, Stella Tan, berkata adalah jelas bahawa mangsa tidak mati kerana wanita itu berada di mahkamah untuk memberi keterangan pada hari Selasa.  

Sumber : CNA/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan