Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes denggi kian meningkat di Bedok; usaha basmi pembiakan nyamuk dipergiat

Pihak berkuasa menggiatkan pemeriksaan mengesan sarang pembiakan nyamuk di beberapa blok flat di Bedok Reservoir Road. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2017 05:44PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 10:28PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa menggiatkan pemeriksaan mengesan sarang pembiakan nyamuk di beberapa blok flat di Bedok Reservoir Road.

Ini berikutan bertambahnya kes penyakit denggi di kawasan itu.

Dalam tempoh dua bulan setengah sejak akhir September lalu 57 kes denggi dikesan di kawasan yang merangkumi blok-blok 713, 715 hingga 719 dan 721.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan kelompok denggi itu yang terbesar tahun ini.

Menurut NEA, sejak akhir September lalu, para pegawainya menemui dan memusnahkan 47 sarang pembiakan nyamuk di kawasan itu.

31 daripadanya dijumpai di rumah-rumah manakala bakinya di tempat-tempat awam.

Berdasarkan maklumat laman web NEA, jumlah kes denggi tertinggi sebanyak 23 berlaku di blok 717.

Buat masa ini, terdapat empat kelompok denggi yang aktif di negara ini. 

Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan