Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes bunuh majikan: Amah ditangkap di Indonesia, tidak akan dibawa pulang ke S'pura

Seorang amah Indonesia yang ditangkap kerana dikatakan membunuh majikannya di Bedok Reservoir, tidak akan dihantar ke Singapura, menurut polis Indonesia hari ini (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bunuh majikan: Amah ditangkap di Indonesia, tidak akan dibawa pulang ke S'pura

Seorang pembantu rumah ditangkap di Indonesia kerana disyaki melakukan pembunuhan berganda. (Gambar: Twitter/Polda_jambi)

Diterbitkan : 29 Jun 2017 04:30PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 04:32PM

SINGAPURA: Seorang amah Indonesia yang ditangkap kerana dikatakan membunuh majikannya di Bedok Reservoir, tidak akan dihantar ke Singapura, menurut polis Indonesia hari ini (29 Jun).

Khasanah, yang berusia 40 tahun, ditangkap pada hari Selasa di sebuah hotel di wilayah Jambi. Dia dilaporkan mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

"Kami sedang membuat siasatan terhadap kes tersebut, namun berdasarkan kepada prinsip 'personaliteit' peribadi, dia tidak akan dihantar pulang. Kami akan membuat koordinasi dengan Pasukan Polis Singapura untuk mengendalikan kes ini," kata Jurucakap Polis Negara Indonesia, Martinus Sitompul.

'Personaliteit' adalah satu prinsip undang-undang yang menyatakan bahawa mana-mana orang Indonesia yang ditangkap di negara tersebut atas kesalahan jenayah yang dilakukan di luar Indonesia, mesti diproses di Indonesia sendiri, dan bukannya dihantar ke pihak berkuasa luar, di mana perbuatan jenayah itu berlaku.

Pasangan yang dibunuh itu, kedua-duanya berusia lewat 70-an tahun, ditemui mati di flat Bedok Reservoir mereka pada Rabu lepas.

Polis kemudian menggeledah saluran pembuangan sampah di kolong blok dan menemui tiga bilah pisau di dalam beg plastik. 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan