Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kes baru TB meningkat di S'pura tahun lalu

Penyakit batuk kering (TB) kekal sebagai penyakit endemik di Singapura - bilangan kes baru TB aktif di kalangan penduduk Singapura meningkat pada 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes baru TB meningkat di S'pura tahun lalu

X-ray yang menunjukkan paru-paru yang dijangkiti TB. (Gambar: Reuters/Luke MacGregor)

Diterbitkan : 24 Mar 2017 11:13PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 11:14PM

SINGAPURA: Penyakit batuk kering (TB) kekal sebagai penyakit endemik di Singapura - bilangan kes baru TB aktif di kalangan penduduk Singapura meningkat pada 2016.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada hari ini (24 Mac), iaitu Hari TB Sedunia, menyatakan bahawa terdapat 1,617 kes baru TB aktif pada 2016 - naik sedikit berbanding 1,498 kes baru yang dicatat pada 2015.

Kumpulan usia lebih tua dan kaum lelaki terus membentuk peratusan ketara dalam kes-kes baru TB aktif tersebut.

MOH menambah bahawa terdapat 41.1 kes baru TB bagi setiap 100,000 penduduk pada 2016, berbanding 38.4 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2015.

Jangkitan TB terpendam "bukan jarang" berlaku di kalangan penduduk Singapura, menurut MOH, dan kadar jangkitan sehingga 30 peratus direkodkan di kalangan kumpulan-kumpulan usia lebih tua, kerana TB sudah tersebar luas di Singapura sejak tahun 1970-an.

Kebanyakan kes baru TB (81.3 peratus) di kalangan penduduk Singapura dijangkiti oleh mereka yang dilahirkan di Singapura.

Daripada 1,617 kes baru pada 2016, 68.8 peratus berusia 50 tahun ke atas, dan 65.9 peratus adalah lelaki.

Terdapat juga 142 kes TB berbalik di kalangan penduduk Singapura pada 2016.

MOH menambah bahawa kemunculan TB yang tahan pelbagai ubat (MDR-TB) - yang lebih sukar dirawat dan mempunyai kadar pemulihan lebih rendah - kekal sebagai cabaran kesihatan awam yang serius.

Pada 2016, Singapura mempunyai tiga kes baru MDR-TB yang ketiga-tiga pesakitnya adalah penduduk kelahiran Singapura. Kadar kematian bagi MDR-TB adalah setinggi 30 hingga 40 peratus.

TEMPAT-TEMPAT YANG ADA KES TB TIDAK PERLU DITUTUP

MOH menegaskan bahawa penularan TB boleh dicegah dan penyakit itu boleh dipulihkan.

"Tempat-tempat kerja atau tempat lain yang dikunjungi seseorang yang baru-baru ini disahkan menghidapi TB aktif tidak perlu ditutup," menurut MOH.

"Individu-individu yang disahkan menghidapi TB akan dirawat dan diberikan cuti sakit sewajarnya, dan penyakit itu dengan pantas menjadi penyakit tidak berjangkit sebaik sahaja rawatan bermula," tambahnya.

"Oleh itu, tiada risiko lanjutan didedahkan kepada penyakit itu di tempat kerja. Individu di tempat kerja atau yang berhubungan rapat yang didapati mempunyai TB terpendam, penyakit mereka tidak boleh dijangkiti dan mereka boleh meneruskan kegiatan seperti biasa," menurut MOH. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan