Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kerosakan yang ditimpakan berita palsu: Mungkin tiada patah balik

Berita palsu berusaha untuk mengeksploitasi kebimbangan kita tentang perbezaan serta kurangnya pemahaman tentang masyarakat lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2017 09:34PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 10:54PM

SINGAPURA: Berita palsu berusaha untuk mengeksploitasi kebimbangan kita tentang perbezaan serta kurangnya pemahaman tentang masyarakat lain.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata demikian dalam satu sesi perbincangan malam ini mengenai berita palsu anjuran Persatuan Peguam Muslim Singapura.

Isu seperti label halal palsu pada daging babi yang tersebar luas di media sosial, pada 2007 dan 2014 menyebabkan kebimbangan di kalangan rakyat Singapura dengan penduduk Islam menggelarnya "jenaka yang benar-benar tidak sensitif".

Keprihatinan mengenai bahaya berita-berita yang tidak jelas asal-usulnya serta penyebaran pihak tertentu jika dibenarkan berleluasa, boleh mengundang kontroversi.

Menurut Menteri MSF, Singapura terutamanya terdedah kepada bahaya sedemikian memandangkan ia adalah salah satu negara paling majmuk di dunia.

"Kita mungkin tidak boleh berpatah balik daripada kerosakan yang dilakukan terhadap perpaduan dan identiti bersama yang kita sudah bina dengan susah payah sejak 50 tahun lalu, jika garisan kaum dan agama berjaya dieksploitasi dan dibakar," kata Encik Lee.

Lebih membimbangkan, dalam beberapa kes, berita palsu menyebabkan kekeliruan dan mencetuskan rasa curiga yang menjejas keharmonian sosial.

Satu tinjauan pemerintah mendapati lebih 90 peratus rakyat Singapura menyokong undang-undang yang lebih ketat untuk memadamkan atau memperbetulkan berita palsu.

Menurut satu tinjauan awal tahun ini pula 82 peratus penduduk Singapura menggunakan internet berbanding kadar global sebanyak 50 peratus.

77 peratus penduduk di sini adalah pengguna media sosial yang aktif

Menteri Undang-Undang K Shanmugam mengumumkan Julai lalu, undang-undang baru bagi menangani berita palsu dijangka diperkenalkan tahun depan. 

Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan