Images
  • lim swee say
    Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say. (Gambar fail: Jason Quah/TODAY)

Kerjaya masa depan, sokongan bagi kaum wanita adalah penting, tegas Lim Swee Say

JERMAN: Mencorak kerjaya masa hadapan dan sokongan bagi kaum wanita di Singapura.

Dua perkara itu menjadi teras utama ucapan Menteri Tenaga Manusia, Lim Swee Say, di mesyuarat peringkat menteri kumpulan G-20 mengenai tenaga kerja dan pekerjaan yang berlangsung di Jerman.

Dalam soal mencorak kerjaya masa depan, Encik Lim berkata teknologi adalah pemacu utama pekerjaan masa hadapan.

Oleh itu, keupayaan pekerja menyesuaikan diri akan menjadi kemahiran utama pada masa akan datang.

Inovasi pula, tambahnya, akan meningkatkan unsur inklusif di tempat kerja.

Beliau juga menekankan pentingnya kerjasama tiga pihak antara pekerja, majikan dan pemerintah.

Mengenai sokongan kepada kaum wanita, Encik Lim menegaskan, Singapura akan terus menggalakkan pelaksanaan sistem kerja fleksibel supaya mereka dapat kekal bekerja dan menimba kemahiran baru.

Selain itu pemerintah akan memperelok amalan sumber manusia yang adil dan progresif.

- CNA/im

Top
>